Keberkesanan Kaedah Permainan Bahasa dalam Mempertingkatkan Penguasaan Kata Kerja Al-Mudari dalam Kalangan Pelajar

Kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah permainan bahasa (KPB) dalam meningkatkan prestasi pencapaian pelajar terhadap kata kerja al-mudari serta penguasaan mereka dalam melakukan pertukaran-pertukaran pola yang berkaitan dengan kata kerja al-mudari dalam subjek bahasa A...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Bakar, Muhammad Hafiz
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2009
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7561/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7561/1/ABS_----__FBMK_2009_14.pdf
_version_ 1848840629389361152
author Bakar, Muhammad Hafiz
author_facet Bakar, Muhammad Hafiz
author_sort Bakar, Muhammad Hafiz
building UPM Institutional Repository
collection Online Access
description Kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah permainan bahasa (KPB) dalam meningkatkan prestasi pencapaian pelajar terhadap kata kerja al-mudari serta penguasaan mereka dalam melakukan pertukaran-pertukaran pola yang berkaitan dengan kata kerja al-mudari dalam subjek bahasa Arab. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap kebolehan belajar pelajar adalah berbeza yang memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berbeza. Untuk tujuan ini, aspek metodologi yang digunakan dalam kajian ialah kajian eksperimen. Reka bentuk kajian ini menggunakan dua kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen yang terdiri daripada 25 orang pelajar yang diajar menggunakan KPB dan kumpulan kawalan yang juga terdiri daripada 25 orang pelajar yang diajar dengan cara biasa.Pelajar-pelajar tersebut merupakan pelajar tingkatan dua Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Putrajaya. Bagi mengkaji perubahan disebabkan oleh olahan, dua cerapan dilakukan melalui praujian dan pascaujian. Hasil kajian mendapati penggunaan KPB dalam P&P kata kerja al-mudari adalah memberi kesan ke atas bilangan peratusan pelajar yang lulus dan pengurangan bilangan pelajar yang gagal. Hal ini bermakna objektif kajian yang telah ditentukan iaitu mengenal pasti keberkesanan KPB dalam meningkatkan prestasi pelajar-pelajar SAS terhadap tajuk kata kerja al-mudari dalam subjek bahasa Arab dapat dicapai. Seterusnya rumusan yang dapat dijelaskan dalam kajian ini ialah kumpulan eksperimen telah dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam menguasai pertukaran-pertukaran pola yang berkaitan dengan kata kerja al-mudari setelah melalui P&P yang menggunakan KPB. Tahap penguasaan kumpulan eksperimen dalam melakukan pertukaran-pertukaran pola yang berkaitan kata kerja al-mudari adalah pada tahap C (baik) berdasarkan kepada peratus jumlah jawapan yang betul, iaitu 51.80%. Hasil kajian ini juga mendapati tahap kognitif dan kebolehan pelajar adalah berbeza. Dengan itu, cara dan kaedah P&P juga berbeza. Keputusan analisis data menunjukkan kumpulan kawalan yang terdiri daripada pelajar-pelajar kelas pertama mampu meningkatkan skor markah dan bilangan peratus lulus serta mereka dapat memahami dan menguasai tajuk kata kerja al-mudari dengan hanya melalui P&P biasa di dalam kelas. Manakala kumpulan eksperimen yang terdiri daripada pelajar-pelajar kelas kedua mampu meningkatkan skor markah dan bilangan peratus lulus serta dapat memahami dan menguasai tajuk kata kerja al-mudari setelah melalui P&P yang menggunakan KPB.Dengan ini, diharapkan hasil kajian ini dapat memberi kebaikan dan manfaat kepada pihak yang terlibat terutama kepada guru-guru bahasa Arab di Malaysia dan bakal-bakal guru bahasa Arab supaya mereka dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada institusi pendidikan, terutamanya di sekolah, serta pelajar-pelajarnya dalam menjayakan misi dan visi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi memartabatkan bahasa Arab dalam kalangan masyarakat Malaysia.
first_indexed 2025-11-15T07:30:23Z
format Thesis
id upm-7561
institution Universiti Putra Malaysia
institution_category Local University
language English
Malay
last_indexed 2025-11-15T07:30:23Z
publishDate 2009
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling upm-75612013-05-27T07:35:37Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7561/ Keberkesanan Kaedah Permainan Bahasa dalam Mempertingkatkan Penguasaan Kata Kerja Al-Mudari dalam Kalangan Pelajar Bakar, Muhammad Hafiz Kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah permainan bahasa (KPB) dalam meningkatkan prestasi pencapaian pelajar terhadap kata kerja al-mudari serta penguasaan mereka dalam melakukan pertukaran-pertukaran pola yang berkaitan dengan kata kerja al-mudari dalam subjek bahasa Arab. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap kebolehan belajar pelajar adalah berbeza yang memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berbeza. Untuk tujuan ini, aspek metodologi yang digunakan dalam kajian ialah kajian eksperimen. Reka bentuk kajian ini menggunakan dua kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen yang terdiri daripada 25 orang pelajar yang diajar menggunakan KPB dan kumpulan kawalan yang juga terdiri daripada 25 orang pelajar yang diajar dengan cara biasa.Pelajar-pelajar tersebut merupakan pelajar tingkatan dua Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Putrajaya. Bagi mengkaji perubahan disebabkan oleh olahan, dua cerapan dilakukan melalui praujian dan pascaujian. Hasil kajian mendapati penggunaan KPB dalam P&P kata kerja al-mudari adalah memberi kesan ke atas bilangan peratusan pelajar yang lulus dan pengurangan bilangan pelajar yang gagal. Hal ini bermakna objektif kajian yang telah ditentukan iaitu mengenal pasti keberkesanan KPB dalam meningkatkan prestasi pelajar-pelajar SAS terhadap tajuk kata kerja al-mudari dalam subjek bahasa Arab dapat dicapai. Seterusnya rumusan yang dapat dijelaskan dalam kajian ini ialah kumpulan eksperimen telah dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam menguasai pertukaran-pertukaran pola yang berkaitan dengan kata kerja al-mudari setelah melalui P&P yang menggunakan KPB. Tahap penguasaan kumpulan eksperimen dalam melakukan pertukaran-pertukaran pola yang berkaitan kata kerja al-mudari adalah pada tahap C (baik) berdasarkan kepada peratus jumlah jawapan yang betul, iaitu 51.80%. Hasil kajian ini juga mendapati tahap kognitif dan kebolehan pelajar adalah berbeza. Dengan itu, cara dan kaedah P&P juga berbeza. Keputusan analisis data menunjukkan kumpulan kawalan yang terdiri daripada pelajar-pelajar kelas pertama mampu meningkatkan skor markah dan bilangan peratus lulus serta mereka dapat memahami dan menguasai tajuk kata kerja al-mudari dengan hanya melalui P&P biasa di dalam kelas. Manakala kumpulan eksperimen yang terdiri daripada pelajar-pelajar kelas kedua mampu meningkatkan skor markah dan bilangan peratus lulus serta dapat memahami dan menguasai tajuk kata kerja al-mudari setelah melalui P&P yang menggunakan KPB.Dengan ini, diharapkan hasil kajian ini dapat memberi kebaikan dan manfaat kepada pihak yang terlibat terutama kepada guru-guru bahasa Arab di Malaysia dan bakal-bakal guru bahasa Arab supaya mereka dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada institusi pendidikan, terutamanya di sekolah, serta pelajar-pelajarnya dalam menjayakan misi dan visi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi memartabatkan bahasa Arab dalam kalangan masyarakat Malaysia. 2009 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7561/1/ABS_----__FBMK_2009_14.pdf Bakar, Muhammad Hafiz (2009) Keberkesanan Kaedah Permainan Bahasa dalam Mempertingkatkan Penguasaan Kata Kerja Al-Mudari dalam Kalangan Pelajar. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. Language and languages - Etymology - Case studies Malay
spellingShingle Language and languages - Etymology - Case studies
Bakar, Muhammad Hafiz
Keberkesanan Kaedah Permainan Bahasa dalam Mempertingkatkan Penguasaan Kata Kerja Al-Mudari dalam Kalangan Pelajar
title Keberkesanan Kaedah Permainan Bahasa dalam Mempertingkatkan Penguasaan Kata Kerja Al-Mudari dalam Kalangan Pelajar
title_full Keberkesanan Kaedah Permainan Bahasa dalam Mempertingkatkan Penguasaan Kata Kerja Al-Mudari dalam Kalangan Pelajar
title_fullStr Keberkesanan Kaedah Permainan Bahasa dalam Mempertingkatkan Penguasaan Kata Kerja Al-Mudari dalam Kalangan Pelajar
title_full_unstemmed Keberkesanan Kaedah Permainan Bahasa dalam Mempertingkatkan Penguasaan Kata Kerja Al-Mudari dalam Kalangan Pelajar
title_short Keberkesanan Kaedah Permainan Bahasa dalam Mempertingkatkan Penguasaan Kata Kerja Al-Mudari dalam Kalangan Pelajar
title_sort keberkesanan kaedah permainan bahasa dalam mempertingkatkan penguasaan kata kerja al-mudari dalam kalangan pelajar
topic Language and languages - Etymology - Case studies
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7561/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7561/1/ABS_----__FBMK_2009_14.pdf