Pentransfomasian tulisan jawi berdasarkan pendekatan fonetik dan fonologi

Sistem tulisan Jawi masih banyak diselubungi dengan masalah teknikal dan hukum serta kaedah tulisan yang bercelaru dan tidak konsisten. Dalam usaha melestarikan tulisan Jawi, ia harus ditransfomasi berdasarkan sistem fonetik yang betul. Sebagai contoh, perkataan saya (KV.KV) dan nama (KV.KV) dieja س...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad, Ab. Halim, Abdul Jabar, Mohd Azidan, Mohamed, Ahmad Syahmi
Format: Article
Language:Malay
Published: Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT) 2018
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75240/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75240/1/Pentransfomasian%20tulisan%20jawi%20berdasarkan%20pendekatan%20fonetik%20dan%20fonologi.pdf
Description
Summary:Sistem tulisan Jawi masih banyak diselubungi dengan masalah teknikal dan hukum serta kaedah tulisan yang bercelaru dan tidak konsisten. Dalam usaha melestarikan tulisan Jawi, ia harus ditransfomasi berdasarkan sistem fonetik yang betul. Sebagai contoh, perkataan saya (KV.KV) dan nama (KV.KV) dieja ساي dan نام tanpa menggunakan vokal alif pada suku kata kedua. Fenomena ini menimbulkan kekeliruan kepada pengguna yang mungkin akan dibaca oleh pelajar luar (antarabangsa) sebagai sai atau nam. Kajian ini bertujuan untuk menghurai aspek penggunaan vokal alif dalam suku kata yang merupakan salah satu daripada beberapa masalah yang timbul dalam sistem tulisan Jawi. Kajian ini menggunakan pendekatan fonetik dan fonologi dalam menghurai dan mendiskripsi pembentukan suku kata, sebutan dan bunyi. Ia juga merupakan kajian kuantitatif yang melibatkan pelajar universiti tempatan dan 40 orang responden pelajar antarabangsa untuk melihat penggunaan, pandangan dan cadangan mereka terhadap penggunaan alif dalam sistem ejaan Jawi khususnya dalam bentuk suku kata. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar universiti tempatan menghadapi masalah penggunaan alif dalam suku kata sistem ejaan Jawi. Manakala pelajar antarabangsa pula berpendapat bahawa vokal alif perlu ditambah sama ada pada suku kata terbuka (KV) atau tertutup (KVK). Dapatan kajian membuktikan bahawa sistem tulisan Jawi yang dianggap oleh sesetengah golongan sudah mantap sebenarnya masih banyak aspek yang perlu diperbaiki dan diteransfomasikan selagi ia tidak merusakkan sistem Bahasa itu dari segi semantik, sintaksis dan sosiobudayanya.