Politik birokrasi semasa pelaksanaan Dasar Perumahan Negara (DRN) terhadap projek pemajuan perumahan kerajaan

Politik sering mempengaruhi sistem pentadbiran terutama apabila melibatkan pelaksanaan dasar serta program- program kerajaan. Ini dapat dilihat dengan jelas pada sektor perumahan di mana kerap berlakunya campurtangan dari ahli serta parti politik dalam urusan pentadbiran yang ak...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Zain, Zarina, Ku Samsu, Ku Hasnita, Adnan, Zatul Himmah, Ismail, Mohd Mahadee
Format: Article
Language:English
Published: Global Academic Excellence 2018
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/73548/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/73548/1/Politik%20birokrasi%20semasa%20pelaksanaan%20Dasar%20Perumahan%20Negara%20%28DRN%29%20terhadap%20projek%20pemajuan%20perumahan%20kerajaan.pdf
Description
Summary:Politik sering mempengaruhi sistem pentadbiran terutama apabila melibatkan pelaksanaan dasar serta program- program kerajaan. Ini dapat dilihat dengan jelas pada sektor perumahan di mana kerap berlakunya campurtangan dari ahli serta parti politik dalam urusan pentadbiran yang akhirnya menjejaskan keberkesanan pelaksanaan sesebuah projek perumahan. Akibatnya berlaku masalah berkaitan projek perumahan lewat dimajukan, projek terbengkalai serta projek sakit yang dilaporkan setiap tahun mengakibatkan rakyat menerima kesan secara langsung daripada masalah ini sehingga tidak mampu untuk memiliki rumah yang diidamkan. Kajian sektor perumahan banyak tertumpu kepada mengenalpasti faktor serta kesan berlakunya projek- projek perumahan yang bermasalah namun belum ada kajian yang dilakukan terhadap keberkesanan proses awal yakni melibatkan proses kelulusan oleh pihak berkuasa untuk memulakan projek pemajuan perumahan. Kegagalan inilah yang telah menyumbang kepada isu perumahan yang berlaku kini. Benarkah wujudnya campurtangan politik dalam pentadbiran proses kelulusan dan pemajuan yang dipanggil ‘politik birokrasi’ semasa peringkat awal ini yang menyumbang kepada isu perumahan negara? Justeru, penulisan ini berfokus kepada penilaian terhadap proses awal pemajuan projek perumahan dalam melaksana Dasar Perumahan Negara (DRN) bagi memastikan setiap projek perumahan terlaksana dengan jayanya. Objektif utama kertas kajian konsepsual ini adalah untuk mengenalpasti punca kepada berlakunya campurtangan atau pengaruh politik birokrasi dan menilai elemen atau ciri yang membentuk kepada situasi politik birokrasi semasa pelaksanaan dasar perumahan melalui projek pemajuan perumahan yang dijalankan. Kertas konsep ini ditulis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan sorotan kajian lepas menggunakan data dari sumber sekunder iaitu melalui carian perpustakaan, analisis jurnal dan artikel dengan merujuk kepada beberapa model politik birokrasi dan pelaksanaan dasar yang digunakan oleh pengkaji terdahulu.