Unsur-unsur kerohanian dalam puisi-puisi Suhaimi Haji Muhammad

Tesis ini merupakan analisis unsur-unsur kerohanian dalam kumpulan puisi Suhaimi Haji Muhammad iaitu Kumpulan Puisi At-Tariq (2000), As-Salam (2006), Asyik (2006), Nafas-nafas Nurani (2007) dan Taman Takwa (2009). Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti unsur-unsur kerohanian dalam kumpula...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Khalid, Khaliza
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70048/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70048/1/FBMK%202014%2051%20-%20IR.pdf
_version_ 1848856579444572160
author Khalid, Khaliza
author_facet Khalid, Khaliza
author_sort Khalid, Khaliza
building UPM Institutional Repository
collection Online Access
description Tesis ini merupakan analisis unsur-unsur kerohanian dalam kumpulan puisi Suhaimi Haji Muhammad iaitu Kumpulan Puisi At-Tariq (2000), As-Salam (2006), Asyik (2006), Nafas-nafas Nurani (2007) dan Taman Takwa (2009). Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti unsur-unsur kerohanian dalam kumpulan puisi Suhaimi Haji Muhammad yang dipilih dan merumuskan unsur-unsur kerohanian dalam puisipuisi Suhaimi Haji Muhammad. Bagi menganalisis unsur-unsur kerohanian ini pengkaji menggunakan tiga kaedah iaitu kaedah keperpustakaan, kaedah analisis teks atau analisis kandungan serta pengaplikasian teori iaitu teori Takmilah yang diasaskan oleh Shafie Abu Bakar. Kajian ini bertitik tolak daripada permasalahan berkaitan unsur-unsur kerohanian yang merupakan aspek yang perlu diberi keutamaan dalam penghasilan karya puisi. Suhaimi Haji Muhammad sentiasa berusaha untuk menghasilkan puisi yang dapat memberi kesedaran serta melahirkan nilai-nilai positif dan sifat-sifat terpuji seperti benar, baik, bersyukur, tidak takbur serta bertakwa kepada Allah SWT. Kajian ini menggunakan teori Takmilah sebagai kerangka kajian. Berdasarkan penelitian dan analisis, didapati kesemua 7 prinsip teori berkenaan iaitu ketuhanan yang bersifat Kamal, kerasulan sebagai insan Kamil, keislaman yang bersifat Akmal, ilmu dengan sastera yang bersifat takamul, sastera sendiri yang berciri estetik dan bersifat Takmilah, pengkarya yang seharusnya mengistikmalkan diri dan khalayak bertujuan memupuk mereka ke arah insan Kamil adalah ditemui dalam puisi-puisi yang dikaji. Unsur-unsur kerohanian yang ditemui melalui analisis adalah seperti persoalan tentang hubungan kerohanian dengan akidah, muhasabah diri, mujahadah al-nafs, maqam-maqam kerohanian seperti makrifatullah, taubat, zuhud, sabar, takwa, tawakkal, redha, syukur serta amar ma’ruf nahi mungkar dan insan al-Kamil. Hasil kajian mendapati dalam kelima-lima Kumpulan Puisi Suhaimi Haji Muhammad yang dikaji kebanyakannya mengutarakan unsur-unsur kerohanian dan sesuai dengan pengaplikasian teori Takmilah. Penemuan ketujuh-tujuh prinsip teori Takmilah dalam kumpulan puisi yang dikaji membuktikan kumpulan puisi karya Suhaimi Haji Muhammad ini padat dengan nilai-nilai keagamaan dan pengajaran serta dapat dikategorikan dalam hasil karya sastera Islam yang boleh dimanfaatkan oleh seluruh khalayak sastera Melayu-Islam, sama ada di Malaysia mahupun di dunia berbahasa Melayu.
first_indexed 2025-11-15T11:43:54Z
format Thesis
id upm-70048
institution Universiti Putra Malaysia
institution_category Local University
language English
last_indexed 2025-11-15T11:43:54Z
publishDate 2014
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling upm-700482019-10-31T07:33:02Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70048/ Unsur-unsur kerohanian dalam puisi-puisi Suhaimi Haji Muhammad Khalid, Khaliza Tesis ini merupakan analisis unsur-unsur kerohanian dalam kumpulan puisi Suhaimi Haji Muhammad iaitu Kumpulan Puisi At-Tariq (2000), As-Salam (2006), Asyik (2006), Nafas-nafas Nurani (2007) dan Taman Takwa (2009). Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti unsur-unsur kerohanian dalam kumpulan puisi Suhaimi Haji Muhammad yang dipilih dan merumuskan unsur-unsur kerohanian dalam puisipuisi Suhaimi Haji Muhammad. Bagi menganalisis unsur-unsur kerohanian ini pengkaji menggunakan tiga kaedah iaitu kaedah keperpustakaan, kaedah analisis teks atau analisis kandungan serta pengaplikasian teori iaitu teori Takmilah yang diasaskan oleh Shafie Abu Bakar. Kajian ini bertitik tolak daripada permasalahan berkaitan unsur-unsur kerohanian yang merupakan aspek yang perlu diberi keutamaan dalam penghasilan karya puisi. Suhaimi Haji Muhammad sentiasa berusaha untuk menghasilkan puisi yang dapat memberi kesedaran serta melahirkan nilai-nilai positif dan sifat-sifat terpuji seperti benar, baik, bersyukur, tidak takbur serta bertakwa kepada Allah SWT. Kajian ini menggunakan teori Takmilah sebagai kerangka kajian. Berdasarkan penelitian dan analisis, didapati kesemua 7 prinsip teori berkenaan iaitu ketuhanan yang bersifat Kamal, kerasulan sebagai insan Kamil, keislaman yang bersifat Akmal, ilmu dengan sastera yang bersifat takamul, sastera sendiri yang berciri estetik dan bersifat Takmilah, pengkarya yang seharusnya mengistikmalkan diri dan khalayak bertujuan memupuk mereka ke arah insan Kamil adalah ditemui dalam puisi-puisi yang dikaji. Unsur-unsur kerohanian yang ditemui melalui analisis adalah seperti persoalan tentang hubungan kerohanian dengan akidah, muhasabah diri, mujahadah al-nafs, maqam-maqam kerohanian seperti makrifatullah, taubat, zuhud, sabar, takwa, tawakkal, redha, syukur serta amar ma’ruf nahi mungkar dan insan al-Kamil. Hasil kajian mendapati dalam kelima-lima Kumpulan Puisi Suhaimi Haji Muhammad yang dikaji kebanyakannya mengutarakan unsur-unsur kerohanian dan sesuai dengan pengaplikasian teori Takmilah. Penemuan ketujuh-tujuh prinsip teori Takmilah dalam kumpulan puisi yang dikaji membuktikan kumpulan puisi karya Suhaimi Haji Muhammad ini padat dengan nilai-nilai keagamaan dan pengajaran serta dapat dikategorikan dalam hasil karya sastera Islam yang boleh dimanfaatkan oleh seluruh khalayak sastera Melayu-Islam, sama ada di Malaysia mahupun di dunia berbahasa Melayu. 2014-08 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70048/1/FBMK%202014%2051%20-%20IR.pdf Khalid, Khaliza (2014) Unsur-unsur kerohanian dalam puisi-puisi Suhaimi Haji Muhammad. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. Malay poetry
spellingShingle Malay poetry
Khalid, Khaliza
Unsur-unsur kerohanian dalam puisi-puisi Suhaimi Haji Muhammad
title Unsur-unsur kerohanian dalam puisi-puisi Suhaimi Haji Muhammad
title_full Unsur-unsur kerohanian dalam puisi-puisi Suhaimi Haji Muhammad
title_fullStr Unsur-unsur kerohanian dalam puisi-puisi Suhaimi Haji Muhammad
title_full_unstemmed Unsur-unsur kerohanian dalam puisi-puisi Suhaimi Haji Muhammad
title_short Unsur-unsur kerohanian dalam puisi-puisi Suhaimi Haji Muhammad
title_sort unsur-unsur kerohanian dalam puisi-puisi suhaimi haji muhammad
topic Malay poetry
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70048/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70048/1/FBMK%202014%2051%20-%20IR.pdf