Konsep ucapan "selamat" dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Thai
Ucapan “selamat” merupakan kata-kata penting yang diucapkan sebagai tanda hormat dan kemesraan berbentuk sapaan kepada orang lain. Malahan, ucapan “ selamat” dapat merujuk pada waktu ucapan diberikan. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini bertujuan membandingkan tujuan penggunaan ucapan “selamat” dal...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Universiti Putra Malaysia Press
2018
|
| Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68411/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68411/1/Konsep%20ucapan%20selamat%20dalam%20bahasa%20Melayu%2C%20bahasa%20Inggeris%20dan%20bahasa%20Thai.pdf |
| Summary: | Ucapan “selamat” merupakan kata-kata penting yang diucapkan sebagai tanda hormat dan kemesraan berbentuk sapaan kepada orang lain. Malahan, ucapan “ selamat” dapat merujuk pada waktu ucapan diberikan. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini bertujuan membandingkan tujuan penggunaan ucapan “selamat” dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Thai. Kemudian, kajian ini dijalankan bertujuan melihat perbandingan yang wujud dari aspek gender dalam ucapan “selamat”. Selain itu, kajian ini dapat memperlihatkan lagi perbezaan dan persamaan lain yang wujud dalam penggunaan ucapan “selamat” bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Thai. Rentetan itu, kajian ini mengaplikasikan teori yang dipelopori oleh Robert Lado (1957), iaitu Teori Analisis Konstrastif. Teori AK begitu sinonim dalam analisis aspek perbezaan dan persamaan yang wujud dalam beberapa bahasa, iaitu melebihi penggunaan satu bahasa. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya perbezaan dari segi gender, waktu dan penggunaan lebih daripada satu ucapan. Adalah diharapkan kajian yang dijalankan ini dapat menjelaskan perbezaan dan persamaan yang wujud dalam ucapan “selamat” bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Thai. Malahan, dapat menjadi perintis untuk kajian akan datang yang berkaitan dengan perbandingan bahasa. |
|---|