Penentuan kadar alkohol dalam produk minuman menurut perspektif fiqh dan sains

Kajian ini mengenalpasti penentuan kadar alkohol dalam produk minuman menurut perspektif fiqh dan sains. Alkohol merupakan antara bahan utama dalam produk minuman yang terhasil sama ada secara semula jadi mahupun tidak semula jadi. Dalam penetapan kandungan alkohol yang dibenarkan oleh Syarak, t...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Jamaludin, Mohammad Aizat
Format: Thesis
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67834/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67834/1/IPPH%202015%209.pdf
_version_ 1848855958084648960
author Jamaludin, Mohammad Aizat
author_facet Jamaludin, Mohammad Aizat
author_sort Jamaludin, Mohammad Aizat
building UPM Institutional Repository
collection Online Access
description Kajian ini mengenalpasti penentuan kadar alkohol dalam produk minuman menurut perspektif fiqh dan sains. Alkohol merupakan antara bahan utama dalam produk minuman yang terhasil sama ada secara semula jadi mahupun tidak semula jadi. Dalam penetapan kandungan alkohol yang dibenarkan oleh Syarak, terdapat pelbagai fatwa yang telah diputuskan iaitu 0 %, 0.01 %, 0.5 % dan 1.0 %. Kepelbagaian ini disebabkan oleh kaedah penentuan yang berbeza. Sehubungan dengan itu, kajian ini menggunapakai pendekatan kajian berbentuk integratif di antara fiqh dan sains. Kajian fiqh mengaplikasikan kaedah kajian kepustakaan yang berdasarkan metode dokumentasi. Metode ini bertujuan untuk merumuskan data teoritikal berhubung kait dengan khamar dan alkohol dalam Islam. Manakala kajian lapangan yang berasaskan metode temu bual turut diaplikasikan bagi mengukuhkan data-data berkaitan alkohol menurut perspektif sains. Selain itu, kajian berbentuk makmal juga turut diaplikasikan dalam penentuan kandungan alkohol yang dibenarkan. Berdasarkan pendekatan tersebut, pengkaji telah menjalankan kajian fermentasi yang berasaskan kerangka istihalah yang berorientasikan proses takhammur. Ia berasaskan hadis Nabi SAW berkaitan penyediaan minuman nabidh. Bagi mencapai objektif tersebut, tamar ‘ajwah dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan empat kaedah penyediaan termasuk fermentasi secara semula jadi dan tidak semula jadi, dicampurkan dengan yis dan tidak dicampurkan dan, sampel yang dihancurkan dan tidak dihancurkan. Prosedur yang dijalankan melibatkan fasa penyediaan sampel, penghasilan jus, proses fermentasi dan analisis kandungan etanol semasa fermentasi menggunakan instrumen (Gas Chromatography Mass Spectrometer with Head Space Analyzer) (GC-MS-HS). Begitu juga, analisis dilakukan terhadap penentuan nilai pH, nilai oBrix dan kandungan peratus etanol. Hasil kajian mendapati dua dapatan utama; pertama, terdapat perbezaan antara khamar dan alkohol. Khamar merupakan sebatian alkohol yang boleh memabukkan dan statusnya haram dalam kuantiti sedikit atau banyak. Manakala alkohol yang tidak memabukkan (ghayr alkhamar) tidak dinamakan khamar dan ia diharuskan penggunaannya dalam kuantiti yang sedikit atau banyak. Keduanya, kajian mendapati kandungan alkohol yang dibenarkan di dalam produk minuman dan makanan adalah tidak melebihi 1 % i/i. Ia turut selari dengan pengukuran kandungan alkohol dalam darah (Blood alcohol content-BAC) yang menyebabkan kemabukan. Dengan itu, hasil kajian ini telah mengemukakan kerangka kefahaman yang mendalam terhadap isu yang ditimbulkan dan menguatkan lagi fatwa yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia.
first_indexed 2025-11-15T11:34:01Z
format Thesis
id upm-67834
institution Universiti Putra Malaysia
institution_category Local University
language English
last_indexed 2025-11-15T11:34:01Z
publishDate 2015
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling upm-678342025-05-28T04:34:44Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67834/ Penentuan kadar alkohol dalam produk minuman menurut perspektif fiqh dan sains Jamaludin, Mohammad Aizat Kajian ini mengenalpasti penentuan kadar alkohol dalam produk minuman menurut perspektif fiqh dan sains. Alkohol merupakan antara bahan utama dalam produk minuman yang terhasil sama ada secara semula jadi mahupun tidak semula jadi. Dalam penetapan kandungan alkohol yang dibenarkan oleh Syarak, terdapat pelbagai fatwa yang telah diputuskan iaitu 0 %, 0.01 %, 0.5 % dan 1.0 %. Kepelbagaian ini disebabkan oleh kaedah penentuan yang berbeza. Sehubungan dengan itu, kajian ini menggunapakai pendekatan kajian berbentuk integratif di antara fiqh dan sains. Kajian fiqh mengaplikasikan kaedah kajian kepustakaan yang berdasarkan metode dokumentasi. Metode ini bertujuan untuk merumuskan data teoritikal berhubung kait dengan khamar dan alkohol dalam Islam. Manakala kajian lapangan yang berasaskan metode temu bual turut diaplikasikan bagi mengukuhkan data-data berkaitan alkohol menurut perspektif sains. Selain itu, kajian berbentuk makmal juga turut diaplikasikan dalam penentuan kandungan alkohol yang dibenarkan. Berdasarkan pendekatan tersebut, pengkaji telah menjalankan kajian fermentasi yang berasaskan kerangka istihalah yang berorientasikan proses takhammur. Ia berasaskan hadis Nabi SAW berkaitan penyediaan minuman nabidh. Bagi mencapai objektif tersebut, tamar ‘ajwah dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan empat kaedah penyediaan termasuk fermentasi secara semula jadi dan tidak semula jadi, dicampurkan dengan yis dan tidak dicampurkan dan, sampel yang dihancurkan dan tidak dihancurkan. Prosedur yang dijalankan melibatkan fasa penyediaan sampel, penghasilan jus, proses fermentasi dan analisis kandungan etanol semasa fermentasi menggunakan instrumen (Gas Chromatography Mass Spectrometer with Head Space Analyzer) (GC-MS-HS). Begitu juga, analisis dilakukan terhadap penentuan nilai pH, nilai oBrix dan kandungan peratus etanol. Hasil kajian mendapati dua dapatan utama; pertama, terdapat perbezaan antara khamar dan alkohol. Khamar merupakan sebatian alkohol yang boleh memabukkan dan statusnya haram dalam kuantiti sedikit atau banyak. Manakala alkohol yang tidak memabukkan (ghayr alkhamar) tidak dinamakan khamar dan ia diharuskan penggunaannya dalam kuantiti yang sedikit atau banyak. Keduanya, kajian mendapati kandungan alkohol yang dibenarkan di dalam produk minuman dan makanan adalah tidak melebihi 1 % i/i. Ia turut selari dengan pengukuran kandungan alkohol dalam darah (Blood alcohol content-BAC) yang menyebabkan kemabukan. Dengan itu, hasil kajian ini telah mengemukakan kerangka kefahaman yang mendalam terhadap isu yang ditimbulkan dan menguatkan lagi fatwa yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia. 2015-02 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67834/1/IPPH%202015%209.pdf Jamaludin, Mohammad Aizat (2015) Penentuan kadar alkohol dalam produk minuman menurut perspektif fiqh dan sains. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia. Halal food Alcoholic beverage industry
spellingShingle Halal food
Alcoholic beverage industry
Jamaludin, Mohammad Aizat
Penentuan kadar alkohol dalam produk minuman menurut perspektif fiqh dan sains
title Penentuan kadar alkohol dalam produk minuman menurut perspektif fiqh dan sains
title_full Penentuan kadar alkohol dalam produk minuman menurut perspektif fiqh dan sains
title_fullStr Penentuan kadar alkohol dalam produk minuman menurut perspektif fiqh dan sains
title_full_unstemmed Penentuan kadar alkohol dalam produk minuman menurut perspektif fiqh dan sains
title_short Penentuan kadar alkohol dalam produk minuman menurut perspektif fiqh dan sains
title_sort penentuan kadar alkohol dalam produk minuman menurut perspektif fiqh dan sains
topic Halal food
Alcoholic beverage industry
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67834/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67834/1/IPPH%202015%209.pdf