Impak rangsangan visual provokatif dalam Facebook terhadap perubahan emosi individu Introvert dan Ekstrovert

Komunikasi berperantaraan komputer (KpK) tidak hanya digunakan sebagai medan interaksi atas talian malahan juga individu turut menggunakan KpK sebagai medan pameran emosi. Bukan itu sahaja, individu gemar menonton visual yang dikongsi oleh pengguna lain kerana perkongsian visual digambarkan se...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Radzi, Siti Ramizah Khairunnisa
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67674/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67674/1/FBMK%202016%2082%20IR.pdf
_version_ 1848855913924919296
author Mohd Radzi, Siti Ramizah Khairunnisa
author_facet Mohd Radzi, Siti Ramizah Khairunnisa
author_sort Mohd Radzi, Siti Ramizah Khairunnisa
building UPM Institutional Repository
collection Online Access
description Komunikasi berperantaraan komputer (KpK) tidak hanya digunakan sebagai medan interaksi atas talian malahan juga individu turut menggunakan KpK sebagai medan pameran emosi. Bukan itu sahaja, individu gemar menonton visual yang dikongsi oleh pengguna lain kerana perkongsian visual digambarkan sebagai sebuah dokumentari mengenai suatu peristiwa yang bermakna. Namun begitu, penggunaan laman sosial dikaitkan dengan personaliti yang berupaya menyembunyikan emosi masing-masing daripada pengetahuan pengguna yang lain. Dua personaliti dominan dalam bidang komunikasi adalah individu Introvert dan Ekstrovert. Laman sosial digunakan untuk tujuan interaksi namun perkongsian visual berbentuk provokatif oleh rakan-rakan dijangka mempengaruhi perubahan emosi mereka. Persoalannya, sejauh manakah pendedahan visual provokatif dalam laman sosial akan mempengaruhi perubahan emosi bagi individu Introvert dan Ekstrovert? Kajian ini dijalankan secara atas talian dengan menggunakan rekabentuk eksperimen Kawalan Pascauji. Sebuah kumpulan Facebook ‘Emosi dan EPQ’ telah diwujudkan dan seramai 60 orang subjek (30 Introvert dan 30 Ekstrovert) terdiri daripada pelajar berusia 20-29 tahun yang dipilih menerusi pensampelan bertujuan. Ke semua subjek ditambahmasuk ke dalam kumpulan dan dirangsang dengan sebuah visual provokatif. Pengumpulan data adalah menggunakan borang soal selidik sebelum dan selepas. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif (peratusan, purata dan sisihan piawai) dan ujian berpasangan Wilcoxon-Signed Rank Test. Hasil kajian menunjukkan bahawa rangsangan visual provokatif dalam Facebook telah meninggalkan kesan yang berbeza terhadap perubahan emosi bagi individu Introvert dan Ekstrovert. Tiada perbezaan yang signifikan terhadap perubahan emosi individu Introvert (Z=-1.170, p=0.077) namun perubahan emosi bagi individu Ekstrovert adalah signifikan (Z=-2.099, p=0.036) selepas menonton visual provokatif tersebut. Majoriti individu Introvert dan Ekstrovert berhadapan dengan perubahan emosi yang lebih stabil. Individu Ekstrovert pula merupakan personaliti yang aktif dalam memberikan respons mengenai visual provokatif yang ditonton. Laman sosial seperti Facebook telah bertindak sebagai sebuah saluran yang membenarkan perkongsian pelbagai bahan rangsangan oleh rakan-rakan sehingga keadaan emosi mereka telah mempengaruhi interaksi sosial kedua-dua personaliti secara atas talian. Mesej yang terkandung dalam visual provokatif yang ditonton turut memainkan peranan dalam perubahan emosi individu Introvert dan Ekstrovert untuk menjadi lebih stabil atau tidak stabil.
first_indexed 2025-11-15T11:33:19Z
format Thesis
id upm-67674
institution Universiti Putra Malaysia
institution_category Local University
language English
last_indexed 2025-11-15T11:33:19Z
publishDate 2016
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling upm-676742019-03-20T06:44:25Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67674/ Impak rangsangan visual provokatif dalam Facebook terhadap perubahan emosi individu Introvert dan Ekstrovert Mohd Radzi, Siti Ramizah Khairunnisa Komunikasi berperantaraan komputer (KpK) tidak hanya digunakan sebagai medan interaksi atas talian malahan juga individu turut menggunakan KpK sebagai medan pameran emosi. Bukan itu sahaja, individu gemar menonton visual yang dikongsi oleh pengguna lain kerana perkongsian visual digambarkan sebagai sebuah dokumentari mengenai suatu peristiwa yang bermakna. Namun begitu, penggunaan laman sosial dikaitkan dengan personaliti yang berupaya menyembunyikan emosi masing-masing daripada pengetahuan pengguna yang lain. Dua personaliti dominan dalam bidang komunikasi adalah individu Introvert dan Ekstrovert. Laman sosial digunakan untuk tujuan interaksi namun perkongsian visual berbentuk provokatif oleh rakan-rakan dijangka mempengaruhi perubahan emosi mereka. Persoalannya, sejauh manakah pendedahan visual provokatif dalam laman sosial akan mempengaruhi perubahan emosi bagi individu Introvert dan Ekstrovert? Kajian ini dijalankan secara atas talian dengan menggunakan rekabentuk eksperimen Kawalan Pascauji. Sebuah kumpulan Facebook ‘Emosi dan EPQ’ telah diwujudkan dan seramai 60 orang subjek (30 Introvert dan 30 Ekstrovert) terdiri daripada pelajar berusia 20-29 tahun yang dipilih menerusi pensampelan bertujuan. Ke semua subjek ditambahmasuk ke dalam kumpulan dan dirangsang dengan sebuah visual provokatif. Pengumpulan data adalah menggunakan borang soal selidik sebelum dan selepas. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif (peratusan, purata dan sisihan piawai) dan ujian berpasangan Wilcoxon-Signed Rank Test. Hasil kajian menunjukkan bahawa rangsangan visual provokatif dalam Facebook telah meninggalkan kesan yang berbeza terhadap perubahan emosi bagi individu Introvert dan Ekstrovert. Tiada perbezaan yang signifikan terhadap perubahan emosi individu Introvert (Z=-1.170, p=0.077) namun perubahan emosi bagi individu Ekstrovert adalah signifikan (Z=-2.099, p=0.036) selepas menonton visual provokatif tersebut. Majoriti individu Introvert dan Ekstrovert berhadapan dengan perubahan emosi yang lebih stabil. Individu Ekstrovert pula merupakan personaliti yang aktif dalam memberikan respons mengenai visual provokatif yang ditonton. Laman sosial seperti Facebook telah bertindak sebagai sebuah saluran yang membenarkan perkongsian pelbagai bahan rangsangan oleh rakan-rakan sehingga keadaan emosi mereka telah mempengaruhi interaksi sosial kedua-dua personaliti secara atas talian. Mesej yang terkandung dalam visual provokatif yang ditonton turut memainkan peranan dalam perubahan emosi individu Introvert dan Ekstrovert untuk menjadi lebih stabil atau tidak stabil. 2016-09 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67674/1/FBMK%202016%2082%20IR.pdf Mohd Radzi, Siti Ramizah Khairunnisa (2016) Impak rangsangan visual provokatif dalam Facebook terhadap perubahan emosi individu Introvert dan Ekstrovert. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. Online social networks Social networks - Computer network resources
spellingShingle Online social networks
Social networks - Computer network resources
Mohd Radzi, Siti Ramizah Khairunnisa
Impak rangsangan visual provokatif dalam Facebook terhadap perubahan emosi individu Introvert dan Ekstrovert
title Impak rangsangan visual provokatif dalam Facebook terhadap perubahan emosi individu Introvert dan Ekstrovert
title_full Impak rangsangan visual provokatif dalam Facebook terhadap perubahan emosi individu Introvert dan Ekstrovert
title_fullStr Impak rangsangan visual provokatif dalam Facebook terhadap perubahan emosi individu Introvert dan Ekstrovert
title_full_unstemmed Impak rangsangan visual provokatif dalam Facebook terhadap perubahan emosi individu Introvert dan Ekstrovert
title_short Impak rangsangan visual provokatif dalam Facebook terhadap perubahan emosi individu Introvert dan Ekstrovert
title_sort impak rangsangan visual provokatif dalam facebook terhadap perubahan emosi individu introvert dan ekstrovert
topic Online social networks
Social networks - Computer network resources
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67674/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67674/1/FBMK%202016%2082%20IR.pdf