Pencemaran logam berat dalam buah-buahan tempatan di pasaraya terpilih di Kota Bharu, Kelantan
Peningkatan pencemaran logam berat dalam buah-buahan berpunca daripada persekitaran yang tercemar dan penggunaan racun serangga oleh petani.Kehadiran logam berat dalam tubuh manusia menimbulkan kebimbangan kerana logam berat boleh menjejaskan kesihatan.Justeru, objektif kajian adalah untuk mengenalp...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Language: | English |
| Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
| Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67022/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67022/1/ICOSH-3.pdf |
| Summary: | Peningkatan pencemaran logam berat dalam buah-buahan berpunca daripada persekitaran yang tercemar dan penggunaan racun serangga oleh petani.Kehadiran logam berat dalam tubuh manusia menimbulkan kebimbangan kerana logam berat boleh menjejaskan kesihatan.Justeru, objektif kajian adalah untuk mengenalpasti kepekatan logam berat yang paling tinggi antara kuprum, plumbum, dan kadmium dalam buah-buahan tempatan di pasaraya terpilih di Kota Bharu, Kelantan. Buah-buahan tersebut datang daripada pembekal yang berlainan. Analytical Absorption Spectroscopy (AAS) digunakan untuk menganalisis dan menentukan kandungan logam berat dalam sampel buah-buahan. Nilai kepekatan dalam logam berat yang dikaji menunjukkan terdapatnya kehadiran logam tersebut dalam buah-buahan yang dikaji. Daripada kajian, didapati kepekatan kandungan logam kuprum yang paling tinggi terdapat pada buah-buahan di pasaraya A dengan nilai tertinggi pada buah pisang iaitu 8.00 μg/g. Kandungan plumbum yang paling tinggi terdapat pada buah-buahan di pasaraya B dengan nilai tertinggi pada buah pisang dan mangga iaitu 0.045 μg/g. Kandungan logam kadmium yang paling tinggi pula terdapat pada buah-buahan di pasaraya A dengan nilai tertinggi pada buah jambu iaitu 0.009 μg/g. |
|---|