Modal insan dalam kalangan ketua keluarga Orang Asli Malaysia

Modal insan atau modal manusia tidak seperti modal semulajadi yang semakin merosot apabila digunakan. Sebaliknya, modal insan yang terdiri daripada individu manusia menjadi semakin matang, berkualiti dan utuh apabila melalui pelbagai pengalaman, keadaan dan cabaran. Setiap individu berpotensi menyum...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abu Samah, Asnarulkhadi, Md. Sail, Rahim, Hamsan, Hanina Halimatusaadiah, Mansor, Mariani, Emby, Zahid, Adnan, Ja'afar, Othman, Jamilah, Mohamed, Nur Fauziana
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia 2009
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66930/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66930/1/IPSAS_2009-4.pdf
Description
Summary:Modal insan atau modal manusia tidak seperti modal semulajadi yang semakin merosot apabila digunakan. Sebaliknya, modal insan yang terdiri daripada individu manusia menjadi semakin matang, berkualiti dan utuh apabila melalui pelbagai pengalaman, keadaan dan cabaran. Setiap individu berpotensi menyumbang dan menjadi stok modal insan yang berguna tanpa mengira had batasan geografi dari mana individu atau komuniti itu berasal. Kertas kerja ini membincangkan modal insan dalam kalangan ketua keluarga Orang Asli. Tiga elemen modal insan diberi tumpuan dalam artikel ini iaitu kemahiran (warisan dan yang dipelajari), kesediaan kognitif (nilai, kepercayaan dan sikap), dan tingkah laku prososial (daya saing, semangat kolektif dan nilai sosial positif). Umumnya, warga minoriti Orang Asli berpotensi menyediakan stok modal insan. Mereka berkeupayaan menerima kemahiran baru, bersedia menerima perubahan, berkeyakinan boleh berubah dan bersikap positif terhadap kemajuan. Jika didorong dan dipimpin dengan bijak, komuniti Orang Asli yang sering dianggap sebagai kelompok yang terpinggir dalam arus pembangunan, boleh membangun dan maju kerana mereka juga memiliki tingkah laku prososial seperti berdaya saing, boleh bekerja secara kolektif, disamping mengekalkan nilai sosial yang murni.