Medan semantik hati budi Melayu dalam warkah Melayu tradisional
Medan semantik merupakan lingkungan konsepsi yang mengandungi sekumpulan leksikal, yang saling berjalinan maknanya. Struktur pengkonsepsiannya yang bertindihan berupaya memberikan pemaknaan yang jelas. Oleh itu, analisis maknasesuai untuk diaplikasikan dalam menentukan keperibadian dan pandangan sar...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Universiti Putra Malaysia Press
2017
|
| Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66193/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66193/1/Medan%20semantik%20hati%20budi%20Melayu%20dalam%20warkah%20Melayu%20tradisional.pdf |
| Summary: | Medan semantik merupakan lingkungan konsepsi yang mengandungi sekumpulan leksikal, yang saling berjalinan maknanya. Struktur pengkonsepsiannya yang bertindihan berupaya memberikan pemaknaan yang jelas. Oleh itu, analisis maknasesuai untuk diaplikasikan dalam menentukan keperibadian dan pandangan sarwa sesuatu masyarakat. Makalah ini akan menginterpretasikan sifat dan nilai orang Melayuberdasarkan Teori Medan Semantik,yang dipelopor Toshihiko Izutsu (1964) dan Syed Muhammad Naguib al-Attas (1970). Sembilan warkah Melayu tradisional dianalisis dan dideskriptifkan berdasarkan teori ini, yang menemukan sebanyak 10 frasa berteraskan hati budi Melayu dan berpusatkan kata fokus “tulus”. Manakala sebanyak 12 kata kunci dan pemaknaan asasinya telah dihuraikanberpandukan frasa dalam kata fokus tersebut. Semua kata kunci ini saling berangkaian maknanya dalam satu lingkungan konsepsi yang menjelaskan keperibadian masyarakat Melayu tradisional, yang mungkin sukar dijelaskan secara tuntas. Namun, dengan mengaplikasikan teori medan semantik, konsepsi sebenar keperibadian sosial, amalan, nilai kehidupan, dan kepercayaan masyarakat Melayu abad ke-19 dapat dijelaskan. |
|---|