Penggunaan bahasa dalam telefon pintar

Kajian ini memfokuskan penggunaan bahasa oleh pengguna telefon pintar dan faktor pemilihan bahasa tersebut. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan teori Nida (1964). Terdapat enam aspek penting dalam teori terjemahan yang terdiri daripada penyalinan semula maklumat, persamaan bukan keserupaan, persa...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sivaratanam, Sivaneswary, Subramaniam, Vijayaletchumy, Salleh, Che Ibrahim
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia Press 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66190/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66190/1/Penggunaan%20bahasa%20dalam%20telefon%20pintar.pdf
Description
Summary:Kajian ini memfokuskan penggunaan bahasa oleh pengguna telefon pintar dan faktor pemilihan bahasa tersebut. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan teori Nida (1964). Terdapat enam aspek penting dalam teori terjemahan yang terdiri daripada penyalinan semula maklumat, persamaan bukan keserupaan, persamaan sejadi atau bersahaja (formal), persamaan terdekat (dinamik), keutamaan makna, dan kepentingan gaya. Teori keutamaan makna menjadi fokus dalam kajian ini. Kajian ini terbatas kepada matlamat dan objektif dalam menerangkan masalah bahasa Melayu sebagai medium penterjemahan dalam aplikasi telefon pintar. Seramai 30 orang dijadikan responden, iaitu pelajar Kesusasteraan Inggeris, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM). Kajian ini melibatkan kaedah kepustakaan dan kaedah lapangan. Borang soal selidik dan rakaman temuramah merupakan alat kajianutama. Hasil dapatan akan dipindahkan dalam program SPSS dan dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Hasil analisis mendapati bahawa penggunaanbahasa Melayu sebagai medium penterjemahan dalam aplikasi telefon pintar masih kurang, dan semua reponden dalam kajian ini lebih banyak menggunakan bahasa Inggeris. Kajian ini juga turut menunjukkan faktor yang mempengaruhi pemilihan bahasa tersebut, iaitu mereka lebih memahami bahasa pilihan, mengikut peredaran zaman, dan merupakan bahasa ibunda mereka.