Meningkatkan kemahiran penulisan karangan fakta menggunakan teknik "anak halini selalu ke Tesco/Jusco"

Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan murid dalam penulisan karangan jenis fakta dan meningkatkan kemahiran penulisan karangan perenggan isi bagi karangan jenis fakta. Peningkatan kemahiran penulisan karangan merujuk kepada peningkatan markah karangan muridmurid. Kajian ini me...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Wee, Emily Kim Fong, Said, Rozita @ Radhiah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66091/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66091/1/GREduc2015-37.pdf
Description
Summary:Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan murid dalam penulisan karangan jenis fakta dan meningkatkan kemahiran penulisan karangan perenggan isi bagi karangan jenis fakta. Peningkatan kemahiran penulisan karangan merujuk kepada peningkatan markah karangan muridmurid. Kajian ini melibatkan lebih kurang 7 minggu dan melibatkan 15 orang murid daripada kelas 3 Aster. 11 murid terdiri daripada murid berbangsa Melayu dan 4 murid berbangsa Cina. Kajian dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di dalam kelas. Tinjauan awal mendapati kebanyakan murid kumpulan sasaran tidak mempunyai kesalahan tatabahasa yang ketara semasa penulisan karangan dan mereka boleh mengemukakan idea yang baik dan menjawab soalan tugasan. Namun, mereka menghadapi masalah menghuraikan idea dan memberikan contoh, masalah pemerengganan dan masalah kekurangan masa menulis. Melalui teknik "ANAK HALINI SELALU KE TESCO/JUSCO", hasil penulisan karangan perenggan isi bertambah baik. Semua murid daripada kumpulan sasaran telah berjaya meningkatkan markah karangan mereka. Sebanyak 90% murid telah berjaya mencapai tahap kepujian (20 markah - 25 markah). Teknik ini juga telah membantu 93.3% murid kumpulan sasaran untuk menyiapkan karangan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.