Bahasa Melayu sebagai perantara komunikasi diplomatik kerajaan nusantara
Komunikasi diplomatik merupakan bentuk komunikasi rasmi sama ada secara lisan mahupun dalam tulisan yang dizahirkan melalui penghantaran utusan dan warkah diraja dalam menjayakan penyatuan hubungan sama ada kerajaan nusantara seperti kerajaan Sriwijaya, Melaka, Kedah Tua, Siam mahupun di luar ruang...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Language: | English |
| Published: |
2015
|
| Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/65623/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/65623/1/SALPBM%202015.pdf |
| Summary: | Komunikasi diplomatik merupakan bentuk komunikasi rasmi sama ada secara lisan mahupun dalam tulisan yang dizahirkan melalui penghantaran utusan dan warkah diraja dalam menjayakan penyatuan hubungan sama ada kerajaan nusantara seperti kerajaan Sriwijaya, Melaka, Kedah Tua, Siam mahupun di luar ruang lingkup nusantara seperti Belanda dan British. Komunikasi diplomatik yang menggunakan bahasa Melayu sebagai perantara untuk menyampaikan mesej diplomatik ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu mempunyai standard dan kualiti pengucapan tinggi dalam kepelbagaian rencam dan ragam yang telah membawanya kepada tahap pencapaian pengiktirafan sebagai Lingua Franca kerajaan nusantara. Justeru, makalah ini akan menggunakan naskhah Melayu dan dokumen sejarah, khususnya warkah diraja untuk dijadikan sebagai bahan perbincangan bagi menganalisis dan seterusnya merumuskan kekuatan bahasa Melayu sebagai perantara komunikasi diplomatic kerajaan nusantara. |
|---|