Pemahaman amalan bertingkah laku moral dalam kalangan murid melayu tingkatan empat di Putrajaya, Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan memahami amalan bertingkah laku moral murid Melayu Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Putrajaya menerusi tiga persoalan kajian, iaitu: Apakah pemahaman murid Melayu tentang amalan bertingkah laku moral dalam kehidupan seharian mereka?; Bagaimanakah murid M...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Yasin, Maizura
Format: Thesis
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64772/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64772/1/FPP%202015%2034IR.pdf
_version_ 1848855095372939264
author Yasin, Maizura
author_facet Yasin, Maizura
author_sort Yasin, Maizura
building UPM Institutional Repository
collection Online Access
description Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan memahami amalan bertingkah laku moral murid Melayu Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Putrajaya menerusi tiga persoalan kajian, iaitu: Apakah pemahaman murid Melayu tentang amalan bertingkah laku moral dalam kehidupan seharian mereka?; Bagaimanakah murid Melayu membentuk amalan bertingkah laku moral dalam kehidupan seharian?; dan Mengapakah murid Melayu mengamalkan amalan bertingkah laku moral dalam kehidupan seharian?. Penyelidikan ini menggunakan dua teori asas, iaitu, teori falsafah moral (al-Ghazali, 1898; Bentham,1907; Nietzsche, 1889; Kant, 1979; Sartre, 1943) dan teori perkembangan moral dan pendidikan moral (Kohlberg, 1976; Sugarman, 197; Durkheim, 1961; Bandura, 1977). Kajian ini mengaplikasikan reka bentuk penyelidikan kajian kes kualitatif iaitu satu kes satu tempat dengan melibatkan lapan orang murid Melayu Tingkatan Empat sebagai peserta kajian. Teknik persampelan bertujuan digunakan berserta beberapa kriteria tertentu dalam pemilihan sampel kajian ini. Teknik pengumpulan data dalam kajian ini merangkumi temu bual semi berstruktur secara mendalam, pemerhatian tanpa turut serta dan analisis dokumen. Pengkaji menggunakan perisian ATLAS.ti 7 untuk menguruskan data serta memudahkan pengkaji menganalisis data secara manual. Kesahan dan kebolehpercayaan juga diaplikasikan dalam penyelidikan ini. Kajian ini menunjukkan bahawa pemahaman amalan bertingkah laku moral dalam kalangan murid Melayu ini sebagai pengamalan nilai murni yang berkonsep, berprinsip dan bersituasi dengan pengamalan nilai peribadi dan nilai dalam institusi berkaitan kesejahteraan diri, masyarakat dan negara. Dapatan kajian ini juga memberikan gambaran bahawa murid Melayu membentuk amalan bertingkah laku moral dalam kehidupan mereka dengan kehadiran dua tema utama iaitu pemudahcara dan bentuk interaksi. Bagi tema pemudahcara, terdapat empat pemudahcara yang berfungsi iaitu diri, agama, persekitaran sosial berbentuk kemanusiaan dan persekitaran berbentuk bukan kemanusiaan. Manakala, tema bentuk interaksi terdiri daripada sub tema komunikasi moral, naratif moral, role model, peneguhan, penerapan dan refleksi dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, kajian ini menunjukkan bahawa wujudnya pelbagai motif yang terdiri daripada psikologi, agama, instrumental, intrinsik,hubungan sosial dan memenuhi ideal dalam kalangan murid Melayu yang menyebabkan mereka mengamalkan amalan bertingkah laku moral dalam kehidupan seharian. Secara keseluruhannya, murid Melayu yang mempraktikkan amalan bertingkah laku moral dalam kehidupan seharian ini mempunyai standard pemahaman yang tertentu, pelbagai, bersyarat, kompleks dan unik yang perlu diberi perhatiaan. Oleh yang demikian, usaha memperkasakan amalan bertingkah laku moral dalam kalangan murid Melayu boleh dimantapkan dengan memberi penekanan terhadap pemahaman, pembentukan dan motif bertingkah laku moral dalam pendidikan secara formal dan tidak formal dalam kehidupan seharian mereka.
first_indexed 2025-11-15T11:20:19Z
format Thesis
id upm-64772
institution Universiti Putra Malaysia
institution_category Local University
language English
last_indexed 2025-11-15T11:20:19Z
publishDate 2015
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling upm-647722018-07-23T07:04:18Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64772/ Pemahaman amalan bertingkah laku moral dalam kalangan murid melayu tingkatan empat di Putrajaya, Malaysia Yasin, Maizura Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan memahami amalan bertingkah laku moral murid Melayu Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Putrajaya menerusi tiga persoalan kajian, iaitu: Apakah pemahaman murid Melayu tentang amalan bertingkah laku moral dalam kehidupan seharian mereka?; Bagaimanakah murid Melayu membentuk amalan bertingkah laku moral dalam kehidupan seharian?; dan Mengapakah murid Melayu mengamalkan amalan bertingkah laku moral dalam kehidupan seharian?. Penyelidikan ini menggunakan dua teori asas, iaitu, teori falsafah moral (al-Ghazali, 1898; Bentham,1907; Nietzsche, 1889; Kant, 1979; Sartre, 1943) dan teori perkembangan moral dan pendidikan moral (Kohlberg, 1976; Sugarman, 197; Durkheim, 1961; Bandura, 1977). Kajian ini mengaplikasikan reka bentuk penyelidikan kajian kes kualitatif iaitu satu kes satu tempat dengan melibatkan lapan orang murid Melayu Tingkatan Empat sebagai peserta kajian. Teknik persampelan bertujuan digunakan berserta beberapa kriteria tertentu dalam pemilihan sampel kajian ini. Teknik pengumpulan data dalam kajian ini merangkumi temu bual semi berstruktur secara mendalam, pemerhatian tanpa turut serta dan analisis dokumen. Pengkaji menggunakan perisian ATLAS.ti 7 untuk menguruskan data serta memudahkan pengkaji menganalisis data secara manual. Kesahan dan kebolehpercayaan juga diaplikasikan dalam penyelidikan ini. Kajian ini menunjukkan bahawa pemahaman amalan bertingkah laku moral dalam kalangan murid Melayu ini sebagai pengamalan nilai murni yang berkonsep, berprinsip dan bersituasi dengan pengamalan nilai peribadi dan nilai dalam institusi berkaitan kesejahteraan diri, masyarakat dan negara. Dapatan kajian ini juga memberikan gambaran bahawa murid Melayu membentuk amalan bertingkah laku moral dalam kehidupan mereka dengan kehadiran dua tema utama iaitu pemudahcara dan bentuk interaksi. Bagi tema pemudahcara, terdapat empat pemudahcara yang berfungsi iaitu diri, agama, persekitaran sosial berbentuk kemanusiaan dan persekitaran berbentuk bukan kemanusiaan. Manakala, tema bentuk interaksi terdiri daripada sub tema komunikasi moral, naratif moral, role model, peneguhan, penerapan dan refleksi dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, kajian ini menunjukkan bahawa wujudnya pelbagai motif yang terdiri daripada psikologi, agama, instrumental, intrinsik,hubungan sosial dan memenuhi ideal dalam kalangan murid Melayu yang menyebabkan mereka mengamalkan amalan bertingkah laku moral dalam kehidupan seharian. Secara keseluruhannya, murid Melayu yang mempraktikkan amalan bertingkah laku moral dalam kehidupan seharian ini mempunyai standard pemahaman yang tertentu, pelbagai, bersyarat, kompleks dan unik yang perlu diberi perhatiaan. Oleh yang demikian, usaha memperkasakan amalan bertingkah laku moral dalam kalangan murid Melayu boleh dimantapkan dengan memberi penekanan terhadap pemahaman, pembentukan dan motif bertingkah laku moral dalam pendidikan secara formal dan tidak formal dalam kehidupan seharian mereka. 2015-11 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64772/1/FPP%202015%2034IR.pdf Yasin, Maizura (2015) Pemahaman amalan bertingkah laku moral dalam kalangan murid melayu tingkatan empat di Putrajaya, Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia. Moral education - Study and teaching (Secondary) - Putrajaya Ethics Values
spellingShingle Moral education - Study and teaching (Secondary) - Putrajaya
Ethics
Values
Yasin, Maizura
Pemahaman amalan bertingkah laku moral dalam kalangan murid melayu tingkatan empat di Putrajaya, Malaysia
title Pemahaman amalan bertingkah laku moral dalam kalangan murid melayu tingkatan empat di Putrajaya, Malaysia
title_full Pemahaman amalan bertingkah laku moral dalam kalangan murid melayu tingkatan empat di Putrajaya, Malaysia
title_fullStr Pemahaman amalan bertingkah laku moral dalam kalangan murid melayu tingkatan empat di Putrajaya, Malaysia
title_full_unstemmed Pemahaman amalan bertingkah laku moral dalam kalangan murid melayu tingkatan empat di Putrajaya, Malaysia
title_short Pemahaman amalan bertingkah laku moral dalam kalangan murid melayu tingkatan empat di Putrajaya, Malaysia
title_sort pemahaman amalan bertingkah laku moral dalam kalangan murid melayu tingkatan empat di putrajaya, malaysia
topic Moral education - Study and teaching (Secondary) - Putrajaya
Ethics
Values
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64772/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64772/1/FPP%202015%2034IR.pdf