Tahap kemahiran tulisan Jawi dalam kalangan pelajar sekolah di Singapura

Tulisan Jawi di Singapura menghadapi kemerosotan yang drastik dan akan terus menuju ke arah kepupusan sekiranya keadaannya tidak dibaik pulih. Andalus Corporation (sebuah syarikat swasta) yang menjalankan kelas pendidikan agama daripada peringkat tadika sehingga universiti, ialah satu-satunya organi...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed Khamis, Hirman, Abdul Aziz, Adi Yasran, Musa, Hashim, Othman, Mohd Sukki
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia Press 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64574/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64574/1/Tahap%20kemahiran%20tulisan%20Jawi%20dalam%20kalangan%20pelajar%20sekolah%20di%20Singapura.pdf
Description
Summary:Tulisan Jawi di Singapura menghadapi kemerosotan yang drastik dan akan terus menuju ke arah kepupusan sekiranya keadaannya tidak dibaik pulih. Andalus Corporation (sebuah syarikat swasta) yang menjalankan kelas pendidikan agama daripada peringkat tadika sehingga universiti, ialah satu-satunya organisasi yang mengadakan pendidikan tulisan Jawi dalam sistem pendidikan madrasahnya. Sebelum kajian ini, sebuah kajian berdasarkan soal selidik telah dijalankan untuk mengenal pasti sikap para pelajar tulisan Jawi terhadap subjek ini, yang boleh memberikan kesan kepada usaha pelestarian Jawi di Singapura dalam jangka masa yang panjang. Dapatannya amat positif. Objektif kajian tahap kemahiran tulisan Jawi ini pula adalah menilai usaha pemerkasaan tulisan Jawi di Singapura. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pencapaian yang masih rendah kerana masa pengajaran dan pembelajaran yang diperuntukkan untuk subjek Tulisan Jawi hanya 30 minit setiap dua minggu. Sebanyak 62 responden yang berumur 12 tahun (peringkat darjah 6) telah diberikan ujian untuk mengeja semula perkataan bertulisan Rumi kepada tulisan Jawi. Sebanyak 120 perkataan telah diletakkan ke dalam kumpulan berdasarkan hukum ejaan. Antara kelemahan yang dapat dikesan ialah kekeliruan dalam penggunaan konsonan, penggunaan alif dalam suku kata bervokal ‘a’ dan penggunaan huruf hamzah. Kajian ini penting untuk mengenal pasti tahap kemahiran penggunaan tulisan Jawi di Singapura dan kesannya terhadap usaha pelestarian dan pemerkasaan tulisan Jawi di republik tersebut.