Amalan penaksiran dinamik berasaskan kurikulum dalam pengajaran kemahiran menulis karangan argumentatif: penelitian terhadap dua orang guru bahasa Melayu tingkatan dua
Proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif perlu diseiringkan dengan pelaksanaan prosedur penaksiran yang mampan. Penekanan terhadap proses penaksiran yang dilaksanakan dengan sewajarnya oleh guru dilihat berupaya untuk menangani persoalan berkaitan pencapaian objektif pengajaran, kesediaan mur...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Language: | English |
| Published: |
Institute of Education, International Islamic University Malaysia
2013
|
| Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64210/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64210/1/ProsidingMEDC-3.pdf |
| Summary: | Proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif perlu diseiringkan dengan pelaksanaan prosedur penaksiran yang mampan. Penekanan terhadap proses penaksiran yang dilaksanakan dengan sewajarnya oleh guru dilihat berupaya untuk menangani persoalan berkaitan pencapaian objektif pengajaran, kesediaan murid, keperluan pemulihan dan pengayaan dalam pengajaran. Pengajaran kemahiran menulis karangan argumentatif Bahasa Melayu didapati menuntut murid untuk mengemukakan fakta dan huraian yang padat dan jelas agar tidak mendatangkan sebarang keraguan dalam kalangan pembaca terhadap isu yang dibincangkan. Hal ini juga memerlukan ketelitian guru untuk melaksanakan proses penaksiran yang dapat memenuhi tuntutan ini. Justeru, makalah ini akan memberikan perhatian terhadap bagaimanakah amalan penaksiran dinamik berasaskan kurikulum (Curriculum Based Dynamic Assessment/ CBDA) yang dipelopori oleh Vygotsky dalam pengajaran kemahiran menulis karangan argumentative dilaksanakan oleh guru Bahasa Melayu pada peringkat sekolah menengah. Pemilihan reka bentuk penyelidikan kajian kes kualitatif yang menggunakan tiga teknik pengumpulan data iaitu temu bual separa berstruktur, pemerhatian di dalam bilik darjah dan penganalisisan dokumen karangan argumentatif dilihat berupaya untuk menjana dapatan kajian berasaskan kepada penglibatan dua orang peserta kajian. Pemberatan pada perspektif pengalaman dan pengetahuan kedua-dua peserta kajian telah menemukan tema antaranya seperti ciri, faktor, tahap, strategi, fungsi dan masalah bagi tiga elemen iaitu perhatian murid, ingatan murid dan persepsi pengalaman murid berkaitan CBDA dalam pengajaran kemahiran menulis karangan argumentatif. |
|---|