Amalan pengajaran guru bahasa Melayu berdasarkan persepsi murid

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi murid terhadap amalan pengajaran guru Bahasa Melayu di sekolah menengah.Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada 148 orang murid tingkatan empat di Johor. Dapatan menunjukkan bahawa a...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Jamian, Abdul Rasid, Othman, Shamsudin, Mohd Zain, Nor Syafiqah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Institute of Education, International Islamic University Malaysia 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64208/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64208/1/ProsidingMEDC-1.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi murid terhadap amalan pengajaran guru Bahasa Melayu di sekolah menengah.Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada 148 orang murid tingkatan empat di Johor. Dapatan menunjukkan bahawa amalan pengajaran guru Bahasa Melayu tingkatan empat sekolah menengah menunjukkan skor min 2.97 (SP = 0.451) dan berada pada tahap sederhana. Min keseluruhan dapatan amalan pengajaran guru Bahasa Melayu berdasarkan komponen permulaan pengajaran menunjukkan 2.87 (SP = 0.458) dan berada pada tahap sederhana. Manakala min keseluruhan dapatan amalan pengajaran guru Bahasa Melayu berdasarkan komponen perkembangan pengajaran menunjukkan skor min 3.01 (SP = 0.510) dan berada pada tahap tinggi. Ini diikuti pula, min keseluruhan dapatan amalan pengajaran guru Bahasa Melayu berdasarkan komponen penutupan pengajaran pula menunjukkan skor min 3.02 (SP = 0.478). Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan guru lebih mementingkan kepada pengukuhan isi pelajaran berbanding amalan memberi pujian bagi meningkatkan motivasi murid untuk hadir dan mengikut pelajaran seterusnya pada peringkat penutupan pengajaran.