Menelusuri perjalanan rohaniah bahasa (sastera) Melayu: pemerkasaan atau pemerkosaan
Bahasa Melayu sudah berakar di Nusantara sejak ribuan tahun lagi. la pernah menjadi Bahasa lingua-franca di Gugusan Pulau-pulau Melayu (The Malay Archipelago). Ahli-ahli perniagaan dari Timur dan Barat menggunakan Bahasa Melayu sebagai mediumnya dengan peniaga-peniaga lokal. Perniagaan cengkih, lada...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Language: | English |
| Published: |
Universiti Putra Malaysia
2008
|
| Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/63256/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/63256/1/Menelusuri%20perjalanan%20rohaniah%20bahasa%20%28sastera%29%20Melayu%20pemerkasaan%20atau%20pemerkosaan.pdf |
| Summary: | Bahasa Melayu sudah berakar di Nusantara sejak ribuan tahun lagi. la pernah menjadi Bahasa lingua-franca di Gugusan Pulau-pulau Melayu (The Malay Archipelago). Ahli-ahli perniagaan dari Timur dan Barat menggunakan Bahasa Melayu sebagai mediumnya dengan peniaga-peniaga lokal. Perniagaan cengkih, lada hitam, kayu kayan, gading dan sebagainya berjalan dengan penuh solidariti. Jika ada perselisihan yang berlaku, akan diselesaikan oleh Syahbandar dan yang menghadapi jalan buntu akan diselesaikan pada peringkat Istana. Surat menyurat antara Istana dengan pemerintah di Eropah atau di Timur Jauh pun disurati dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan jawi (Arab). Hal ini berlangsung dalam situasi "duduk sama rendah, berdiri sama tinggi" dan tidak ada sama sekali rasa rendah diri atau merasa lebih superior antara satu dengan yang lain. Literatur Melayu melalui hikayat-hikayat sama ada dari pengaruh tradisi Hindu, Buddha atau Islam, syair, pantun, gurindam dan pepatah petitihnya memberikan bukti-bukti yang nyata. |
|---|