Penggunaan kata pinjaman Arab dalam puisi Melayu

Puisi Melayu, sebagaimana bahasa Melayu itu sendiri, kaya dengan perkataan yang berasal dari bahasa Arab. Penggunaannya agak meluas antara perkataan yang sering digunakan dan yang jarang-jarang ditemui. Dalam puisi Melayu, penggunaan kata pinjaman Arab dalam sesetengah keadaan dilihat boleh menimbul...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zakaria, Mohd Hazri, Mezah, Che Radiah, Ismail, Muhd Zulkifli
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60556/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60556/1/Penggunaan%20kata%20pinjaman%20Arab%20dalam%20puisi%20Melayu.pdf
Description
Summary:Puisi Melayu, sebagaimana bahasa Melayu itu sendiri, kaya dengan perkataan yang berasal dari bahasa Arab. Penggunaannya agak meluas antara perkataan yang sering digunakan dan yang jarang-jarang ditemui. Dalam puisi Melayu, penggunaan kata pinjaman Arab dalam sesetengah keadaan dilihat boleh menimbulkan kekeliruan sekiranya tidak menepati maksud asal penggunaannya dalam bahasa asal. Kajian ini merupakan suatu usaha untuk mengenal pasti dan menganalisis aspek penggunaan kata pinjaman Arab dalam kumpulan puisi Melayu moden. Kumpulan puisi tersebut adalah antologi puisi Sumur Mahmudah karya Ony Latifah Osman (2006). Data kajian diperoleh berdasarkan pemilihan kata pinjaman Arab yang menyampaikan maksud tertentu dalam sesebuah puisi. Dapatan kajian ini merumuskan terdapat dua kategori penggunaan bahasa pinjaman Arab dalam teks puisi yang dikaji, iaitu; kategori penggunaan yang menepati makna asal dalam bahasa Arab dan ketegori penggunaan yang tersasar dari maksud asalnya.