Penghayatan nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah menengah masa kini

Dewasa ini masalah sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat dan amat membimbangkan. Ini menimbulkan persoalan sejauhmanakah penghayatan nilai murni dalam kehidupan mereka dipraktikkan? Justeru, kertas kerja ini membentangkan dapatan kajian berkaitan penghayatan nilai murni dalam kalangan pelaj...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Othman, Mohamad Khairi, Suhid, Asmawati, Mat Rashid, Abdullah, Roslan, Samsilah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2012
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60539/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60539/1/98.pdf
Description
Summary:Dewasa ini masalah sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat dan amat membimbangkan. Ini menimbulkan persoalan sejauhmanakah penghayatan nilai murni dalam kehidupan mereka dipraktikkan? Justeru, kertas kerja ini membentangkan dapatan kajian berkaitan penghayatan nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah menengah masa kini. Kajian ini penting untuk menjelas dan mengesahkan status semasa penghayatan nilai murni pelajar supaya usaha membendung gejala sosial dapat diatasi. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan deskriptif. Data dikutip melalui soal selidik yang melibatkan sampel kajian terdiri daripada 448 orang pelajar sekolah menengah harian terpilih di Semenanjung Malaysia dan disokong dengan data temubual separa struktur seramai 12 orang responden. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya penghayatan nilai murni pelajar berada pada tahap sederhana tinggi. Kajian ini mendapati hanya 3 dimensi nilai murni yang menunjukkan tahap penghayatan yang tinggi iaitu nilai kesyukuran, nilai patriotisme dan nilai hormat menghormati. Manakala 14 dimensi nilai murni menunjukkan tahap penghayatan yang sederhana tinggi. Di antara nilai-nilai tersebut, nilai yang terendah ialah nilai berdikari, nilai semangat bermasyarakat dan nilai kerajinan. Kesimpulannya, beberapa implikasi kajian turut dibincangkan dalam kertas kerja ini dalam usaha membentuk nilai murni pelajar.