Wasiat pesakit kritikal menurut perspektif hukum syarak dan aplikasinya dalam enakmen wasiat orang Islam di Malaysia

Umumnya dalam kalangan masyarakat, wasiat sering dilakukan oleh golongan pesakit. Bagaimanapun, isu yang timbul dalam hal ini ialah berkenaan wasiat pesakit kritikal yang mengalami sakit hampir mati atau maraḍ al-mawt. Tambahan pula, pada kebiasaannya sikap masyarakat Melayu sangat prihatin dalam...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed, Asjad, Mohd Burhan, Norhapizah, Jusoh, Mohd Kamal Azman, Osman, Mohd Farihal, Awang, Mohd Daud
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Department of Shariah, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60536/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60536/1/17-Asjad-Edited.pdf
Description
Summary:Umumnya dalam kalangan masyarakat, wasiat sering dilakukan oleh golongan pesakit. Bagaimanapun, isu yang timbul dalam hal ini ialah berkenaan wasiat pesakit kritikal yang mengalami sakit hampir mati atau maraḍ al-mawt. Tambahan pula, pada kebiasaannya sikap masyarakat Melayu sangat prihatin dalam menunaikan segala pesanan pesakit yang berada dalam situasi kritikal tanpa melihat kepada tahap penyakit dan kondisi pesakit tersebut. Kesannya, hal ini mengakibatkan kesilapan dalam kadar pembahagian harta pusaka kepada ahli waris. Persoalannya, adakah pemberian pesakit yang hampir mati dikategorikan sebagai wasiat atau hibah yang tertakluk kepada hukum-hakam dan peraturan tersendiri? Jika ia merupakan wasiat, adakah wasiat semua pesakit maraḍ al-mawt diterima? Seterusnya, apakah indikator utama yang menjadi penanda aras kepada kesahan sesebuah wasiat pesakit maraḍ al-mawt? Justeru, bagi menjawab persoalan tersebut, kajian terlebih dahulu membahaskan tentang pengertian dan kriteria utama bagi maraḍ al-mawt. Kajian juga membincangkan mengenai status pemberian pesakit yang serius dan berakhir dengan kematian (maraḍ al-mawt) menurut pandangan para ulama. Selain itu, kajian meneliti sejauhmanakah Enakmen Wasiat Orang Islam di Malaysia menepati hukum syarak berkenaan wasiat pesakit? Kajian ini berbentuk kualitatif dan bersifat kajian kepustakaan. Hasil daripada kajian, dapat menentukan status dan hukum sebenar bagi pemberian atau wasiat seorang pesakit kritikal, seterusnya memberi panduan kepada ahli waris melakukan tindakan sewajarnya terhadap harta pusaka berwasiat agar selari dengan syarak dan Enakmen Wasiat Orang Islam di Malaysia.