Tekanan suara ke atas suku kata perkataan Arab dalam kalangan pelajar

Tekanan suara (al-nabr) yang baik memberi kesan ke atas penyampaian mesej dalam berkomunikasi. Apa yang sering berlaku ialah apabila kebanyakan pelajar menuturkan perkataan tanpa mengikut kaedah sebutan suku kata bahasa Arab yang betul. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguas...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ramli, Nazratul Aini, Mezah, Che Radiah, Yap, Ngee Thai
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60318/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60318/1/44-34.pdf
Description
Summary:Tekanan suara (al-nabr) yang baik memberi kesan ke atas penyampaian mesej dalam berkomunikasi. Apa yang sering berlaku ialah apabila kebanyakan pelajar menuturkan perkataan tanpa mengikut kaedah sebutan suku kata bahasa Arab yang betul. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan pelajar terhadap tekanan suara yang betul ke atas suku kata dalam menyebut perkataan Arab, melihat tahap penguasaan pelajar terhadap tekanan suara menyebut perkataan Arab dari aspek intensiti (intensity) serta melihat tahap penguasaan pelajar terhadap tekanan suara menyebut perkataan Arab dari aspek kepanjangan vokal (vowel length). Data dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan perisian Praat. Subjek bagi kajian ini merupakan pelajar kelas kemahiran Bahasa Arab Tahap 3 di UPM. Kajian ini menggunakan 18 perkataan bahasa Arab sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar masih belum menguasai aspek tekanan suara ke atas perkataan Arab yang mengandungi suku kata tertutup. Manakala, penguasaan pelajar terhadap kepanjangan vokal dalam perkataan adalah baik. Kajian ini diharapkan dapat memberi impak dalam pembelajaran bahasa Arab khususnya aspek fonetik serta menjadi pencetus kepada kajian berkaitan yang bersifat kuantitatif.