Persepsi pelajar terhadap cerita rakyat Melayu

Kajian ini tertumpu kepada persepsi pelajar terhadap cerita rakyat Melayu. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti dan membincangkan persepsi pelajar terhadap cerita rakyat Melayu. Sampel kajian terdiri daripada 20 subjek pelajar lelaki dan perempuan di Hankuk University of Foreign Studies, Korea...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abd Rahim, Normaliza, Abdul Halim, Hazlina, Mamat, Roslina, Mansor, Nor Shahila
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60315/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60315/1/44-31.pdf
Description
Summary:Kajian ini tertumpu kepada persepsi pelajar terhadap cerita rakyat Melayu. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti dan membincangkan persepsi pelajar terhadap cerita rakyat Melayu. Sampel kajian terdiri daripada 20 subjek pelajar lelaki dan perempuan di Hankuk University of Foreign Studies, Korea. Pelajar diberi tiga buah cerita rakyat dan mereka ditemubual berpandukan kefahaman mereka terhadap cerita tersebut. Perbualan mereka dirakam dan dianalisis dengan menggunakan analisis wacana oleh Brown & Yule (1983). Keputusan kajian mendapati bahawa pelajar telah membuat andaian, implikasi, rujukan dan inferen melalui ujaran tentang cerita tersebut. Selain itu, pelajar amat menyukai cerita rakyat kerana semua cerita adalah menarik dan mudah untuk difahami. Adalah diharapkan supaya kajian akan datang dapat membezakan di antara cerita rakyat Melayu dengan cerita rakyat Korea.