Koheren dan kohesi wacana naratif Nabi Adam dan ashab Al-A'raf dalam surah Al-A'raf

Kohesi dan koheren merupakan dua kriteria penting untuk mengangkat penulisan sesebuah cerita menjadi sebuah wacana dan teks naratif yang baik, yang mudah difahami, dan boleh mempengaruhi kognitif serta tingkahlaku seseorang pembaca. Kajian yang menggabungkan kohesi dan koheren menerusi wacana narati...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Edaham, Othman, Mohd Sukki, Mustapha, Nik Farhan, Ismail, Muhd Zulkifli
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60299/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60299/1/44-26.pdf
Description
Summary:Kohesi dan koheren merupakan dua kriteria penting untuk mengangkat penulisan sesebuah cerita menjadi sebuah wacana dan teks naratif yang baik, yang mudah difahami, dan boleh mempengaruhi kognitif serta tingkahlaku seseorang pembaca. Kajian yang menggabungkan kohesi dan koheren menerusi wacana naratif kurang mendapat perhatian penyelidik terdahulu, lebih-lebih lagi dalam teks al-Quran. Al-Quran mengandungi 114 surah, antaranya surah al-A`raf yang mengandungi 206 ayat yang memaparkan pelbagai kisah dalam bentuk wacana naratif. Gabungan beberapa kisah yang terdapat dalam satu surah merupakan salah satu bentuk gaya wacana naratif yang dipaparkan dalam al-Quran. Oleh yang demekian, kajian ini mengambil inisiatif untuk membincangkan kohesi dan koheren dalam struktur dan bahagian kisah Nabi Adam dan Ashab al-A`raf serta menghuraikan perkaitan antara setiap bahagian menggunakan teori kohesi dan koheren. Teori Kohesi Halliday (1976) digunakan untuk menentukan alat kohesi secara eksplisit, manakala Rhetorical Structure Theory Mann dan Thompson (1987) digunakan untuk menentukan kekoherenan secara implisit. Dapatan kajian membuktikan perkaitan antara ayat, antara episod dan antara bahagian dihubungkan secara koheren dan juga juga kohesi.