Pelaksanaan pentaksiran untuk pembelajaran (AFL) bahasa Melayu dalam pentaksiran berasaskan sekolah di Malaysia

Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning- AfL) atau pentaksiran formatif merupakan salah satu aktiviti yang dipraktikkan di dalam kelas antara guru dan murid. Murid melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru sebagai evidens yang dijalankan secara pentaksiran kendiri atau pentaksira...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Jamil, Halimah, Said, Rozita @ Radhiah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60162/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60162/1/53-20.pdf
Description
Summary:Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning- AfL) atau pentaksiran formatif merupakan salah satu aktiviti yang dipraktikkan di dalam kelas antara guru dan murid. Murid melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru sebagai evidens yang dijalankan secara pentaksiran kendiri atau pentaksiran rakan sebaya yang bertujuan untuk memberi peluang kepada guru untuk melihat tahap kefahaman pembelajaran murid. Pentaksiran untuk pembelajaran merupakan salah satu pentaksiran yang terangkum dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PBS yang mula dijalankan pada tahun 2011 di sekolah rendah dan pada tahun 2012 untuk murid sekolah menengah merupakan sistem pendidikan yang baharu dan memerlukan guru untuk menguasai teknik pelaksanaan pentaksiran dengan baik supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektifnya. Kertas ini menfokuskan kepada konsep, strategi, dan maklum balas pentaksiran untuk pembelajaran.