Penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam Kurikulum Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) sekolah rendah

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang diterapkan dalam kurikulum pendidikan negara menjadi aspirasi kepada pembentukan generasi yang mampu bersaing dan berjaya di peringkat global. Penekanan KBAT ini dikukuhkan dengan memperkenalkan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dalam Kurikulum...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mat Nor @ Ahmad Nor, Mohamad Nurul Azmi, Kamarudin, Nurzatulshima, Abdul Manaf, Umi Kalthom, Mohd Puad, Mohd Hazwan
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia Press 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59410/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59410/1/Penerapan%20kemahiran%20berfikir%20aras%20tinggi%20%28KBAT%29%20dalam%20Kurikulum%20Reka%20Bentuk%20dan%20Teknologi%20%28RBT%29%20sekolah%20rendah.pdf
Description
Summary:Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang diterapkan dalam kurikulum pendidikan negara menjadi aspirasi kepada pembentukan generasi yang mampu bersaing dan berjaya di peringkat global. Penekanan KBAT ini dikukuhkan dengan memperkenalkan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Mata pelajaran RBT di ajar pada Tahap II di sekolah rendah sebagai satu usaha membangunkan modal insan abad ke-21 sekali gus menjayakan aspirasi tersebut. Sebagai pelaksana kepada kurikulum yang telah dibentuk, keberhasilan dalam menjayakan aspirasi ini bergantung penuh kepada keupayaan guru dan kemahiran guru. Namun begitu, guru-guru di sekolah masih mengamalkan kaedah konvensional dalam proses pengajaran dan pembelajaran malahan keupayaan untuk menerapkan KBAT juga masih rendah. Justeru, kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan kesediaan guru, masalah dan keperluan guru dalam melaksanakan pengajaran mata pelajaran RBT melalui integrasi KBAT di peringkat sekolah rendah. Guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran pedagogi KBAT dalam usaha untuk meningkatkan KBAT dalam kalangan murid. Pada masa ini, keperluan guru yang dikenal pasti ialah kursus pendedahan KBAT yang mengkhususkan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran mata pelajaran RBT, penggunaan modul RBT, bahan maujud dan sumber bahan yang membantu pengajaran KBAT. Selain itu, sokongan dan perkembangan profesional yang berterusan dalam pengkhususan mata pelajaran RBT perlu diperkukuh agar guru-guru RBT dapat menguasai pengetahuan kandungan dan pedagogi dari segi teori dan praktikal yang dapat menjurus kepada penerapan KBAT di bilik darjah.