Pelajar UPM Praktik Kemahiran Berkhatan

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Putra Malaysia (UPM) membantu proses berkhatan kanak-kanak Rumah Nur Salam. Seramai 22 kanak-kanak dikhatankan oleh doktor dari Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) dengan dibantu oleh 44 pelajar perubatan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Malay
Published: 2010
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5562/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5562/1/Pelajar_UPM_Praktik_Kemahiran_Berkhatan.pdf
Description
Summary:KUALA LUMPUR, 27 Nov – Pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Putra Malaysia (UPM) membantu proses berkhatan kanak-kanak Rumah Nur Salam. Seramai 22 kanak-kanak dikhatankan oleh doktor dari Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) dengan dibantu oleh 44 pelajar perubatan tahun ketiga UPM. Dekan FPSK, Prof. Dr. Norlijah Othman berkata Program Amal Kasih Medik itu adalah sebahagian daripada usaha komuniti yang dianjurkan, termasuk mendekati masyarakat. “Selain berbakti kepada kanak-kanak itu, usaha murni ini turut memberi pendedahan kepada 44 pelajar perubatan tahun tiga UPM. Mereka ini berperanan sebagai pembantu kepada dua doktor pakar PPIM untuk melakukan upacara khatan kepada kanak-kanak Rumah Nur Salam yang menyertai program ini,” katanya. Bagi menghidupkan lagi suasana, beberapa anggota pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Chow Kit, menyiram air kepada kanak-kanak berkenaan sebelum mereka dikhatankan. Program anjuran Kelab Perubatan Putra, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama PPIM dan Rumah Nur Salam yang terletak di Chow Kit di sini. "Saya seronok disimbah air pancutan daripada pili bomba bersama rakan-rakan lain dan menganggap diri sudah dewasa apabila menempuh pengalaman istimewa ini," kata Mahadi, 3 tahun yang merupakan satu-satunya kanak-kanak dari Afghanistan dan termuda.