Kepimpinan politik: pola sokongan pengundi Selangor menjelang PRU14

Artikel ini membincangkan tentang pola sokongan pengundi Selangor terhadap tokoh kepimpinan peringkat negeri dan negara menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Pada PRU ke-13, Pakatan Rakyat (PR) berjaya mempertahankan kekuasaan mereka di Selangor. Ini menunjukkan pola sokongan pengundi lebih terar...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Mohd Mahadee, Mohd Noor, Mansor, Mohd Ali, Muhammad Asri, Mohd Yusof, Ahmad Rizal, Abdul Azzis, Muhammad Shamsinor, Tajari, Arvin, Abdullah, Azlina
Format: Article
Language:English
Published: AENSI Publications 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54661/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54661/1/Kepimpinan%20politik%2C%20pola%20sokongan%20pengundi%20selangor%20menjelang%20PRU14.pdf
Description
Summary:Artikel ini membincangkan tentang pola sokongan pengundi Selangor terhadap tokoh kepimpinan peringkat negeri dan negara menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Pada PRU ke-13, Pakatan Rakyat (PR) berjaya mempertahankan kekuasaan mereka di Selangor. Ini menunjukkan pola sokongan pengundi lebih terarah kepada tokoh kepimpinan di pihak PR. Namun begitu, berlaku krisis kepimpinan di peringkat pentadbiran negeri Selangor dan seterusnya membawa kepada perpecahan dalam PR. Krisis kepimpinan turut berlaku di peringkat nasional apabila Dr Mahathir Mohamad menarik balik sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan mendesak Najib Razak meletakkan jawatan. Keadaan makin kritikal apabila Timbalan Perdana Menteri digugurkan dari jawatannya. Krisis kepimpinan yang melanda di peringkat negeri dan nasional ini pasti membawa satu persepsi baru dalam kalangan pengundi. Kajian ke atas 393 pengundi Selangor menunjukkan pola sokongan semasa masih memihak kepada PR/pakatan harapan (PH). Dalam pada itu, kumpulan pengundi yang masih belum membuat keputusan untuk memilih siapa pada PRU14 adalah besar. Pengundi Selangor melihat pentadbiran negeri lebih efektif berbanding dengan pentadbiran peringkat nasional. Ini menjukkan kepimpinan politik peringkat negeri lebih diterima pengundi.