Penghayatan semangat patriotisme belia Malaysia: kajian ke atas PLKN

Dunia semakin canggih, perubahan demi perubahan terus berlaku. Proses pembentukan negara bangsa semakin sukar dan era persejagatan semakin menghimpit sesebuah bangsa. Bahang ini semakin terasa di Malaysia. Jati diri dan semangat patriotisme anak bangsa terus menjadi tanda tanya. Akhir-akhir ini, pel...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Mohd Mahadee, Abdullah, Azlina, Mohd Noor, Mansor, Boyman, Siti Noranizahhafizah
Format: Article
Language:English
Published: American-Eurasian Network for Scientific Information 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/53508/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/53508/1/Penghayatan%20semangat%20patriotisme%20belia%20Malaysia%20kajian%20ke%20atas%20PLKN.pdf
Description
Summary:Dunia semakin canggih, perubahan demi perubahan terus berlaku. Proses pembentukan negara bangsa semakin sukar dan era persejagatan semakin menghimpit sesebuah bangsa. Bahang ini semakin terasa di Malaysia. Jati diri dan semangat patriotisme anak bangsa terus menjadi tanda tanya. Akhir-akhir ini, pelbagai senario yang menunjukkan terhakisnya semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda terus berlaku. Sebahagian daripada mereka cenderung untuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang memperlihatkan tidak patriotik kepada negara seperti terlibat dengan gejala negatif dan menghina lagu kebangsaan. Dari itu, artikel ini bertujuan untuk melihat sejauhmana PLKN berupaya untuk terus memupuk dan memperkasa semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda umumnya dan dalam kalangan pelatih mereka khususnya. Hasil kajian menunjukkan PLKN telah berjaya untuk terus memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelatih. Walaupun masih terdapat sebilangan kecil pelatih yang dilihat masih kurang patriotik, tetapi ia tidak menunjukkan kelemahan PLKN. Dari itu, usaha untuk terus memperkasa PLKN dari masa ke semasa perlu dilaksanakan sebagai meknisme untuk terus menyuntik semangat patriotisme dan merealisasikan pembinaan negara bangsa Malaysia.