Penggunaan kontrak bay‘ al-inah dalam pembiayaan peribadi secara Islam di Malaysia: satu analisis

Kontrak bay‘ al-inah merupakan mekanisma yang mula-mula diperkenalkan dalam pelaksanaan produk pembiayaan Peribadi Islam, walaupun kini kebanyakan institusi kewangan Islam telah beralih kepada prinsip al-tawarruq. Bank Rakyat merupakan bank pertama memperkenalkan produk ini kepada masyarakat Malaysi...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Awang, Mohd Daud, Abdullah, Norsazali
Format: Article
Language:English
Published: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/53507/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/53507/1/Penggunaan%20kontrak%20bay%E2%80%98%20al-inah%20dalam%20pembiayaan%20peribadi%20secara%20Islam%20di%20Malaysia.pdf
Description
Summary:Kontrak bay‘ al-inah merupakan mekanisma yang mula-mula diperkenalkan dalam pelaksanaan produk pembiayaan Peribadi Islam, walaupun kini kebanyakan institusi kewangan Islam telah beralih kepada prinsip al-tawarruq. Bank Rakyat merupakan bank pertama memperkenalkan produk ini kepada masyarakat Malaysia. Penawaran produk ini merupakan satu usaha bagi memenuhi maslahah atau keperluan masyarakat yang berhajat kepada keperluan tunai. Kajian ini akan menjalankan satu analisa penilaian terhadap kontrak bay‘ al-inah dalam dua aspek iaitu kefahaman terhadap bay‘ al-inah serta pandangan semasa terhadap bay‘ al-inah dalam kalangan ulama dan eksekutif perbankan Islam. Kebanyakan respondan yang ditemubual mengaitkan pelaksanaan kontrak bai‘ al-inah adalah berdasarkan maslahah, namun mereka agak kurang berpuas hati dengan realiti perlaksanaan kontrak ini di bank-bank Islam yang kurang mengikut panduan sebenar yang dinasihatkan oleh badan penasihat syariah. Kini bank-bank Islam telah membuat tranformasi dalam produk pembiayaan peribadi, daripada menggunakan kontrak bay‘ al-inah kepada kontrak al-tawarruq. Namun begitu, kontrak bay‘ al-inah masih terus diamalkan dalam produk-produk tertentu. Kajian ini membincangkan pemahaman dan amalan pelaksanaan bay‘ al-inah dalam sistem kewangan dan perbankan Islam di Malaysia. Kajian ini juga akan menyentuh kontrak al-tawarruq secara tidak langsung sebagai alternatif kepada kontrak bay‘ al-inah yang menjadi topik utama kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa kontrak bay’ alinah merupakan salah satu mekanisma dalam pelaksanaan sistem perbankan Islam berteraskan maslahah yang menepati syariah Islam.