Pengaplikasian unsur konteks budaya tempatan dalam pembelajaran wacana Arab

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis unsur konteks budaya tempatan yang boleh diaplikasikan dalam pembelajaran wacana Arab. Unsur konteks budaya tempatan mempunyai peranan dan perkaitan yang signifikan dalam penguasaan bahasa Arab oleh pelajar Malaysia, khususnya dalam konteks...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abd Rahman, Mohd Zuhir, Abdul Jabar, Mohd Azidan
Format: Article
Language:English
Published: Middle Eastern Muslim Graduates Association Press 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/53502/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/53502/1/Pengaplikasian%20unsur%20konteks%20budaya%20tempatan%20dalam%20pembelajaran%20wacana%20Arab.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis unsur konteks budaya tempatan yang boleh diaplikasikan dalam pembelajaran wacana Arab. Unsur konteks budaya tempatan mempunyai peranan dan perkaitan yang signifikan dalam penguasaan bahasa Arab oleh pelajar Malaysia, khususnya dalam konteks pembelajaran wacana Arab di Malaysia. Pendekatan kualitatif yang menggunakan kaedah analisis kandungan diaplikasikan dalam kajian ini. Sebanyak 20 teks yang dikeluarkan daripada buku teks Bahasa Arab Tingkatan Tiga (KBSM) telah digunakan dalam analisis kandungan kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebanyak 35unsur konteks budaya tempatan telah dikenal pasti dalam teks pembelajaran wacana Arab, iaitu jenis makanan (62.9%), masyarakat majmuk (28.6%), sambutan perayaan (5.7%), dan cerita warisan (2.8%).