Faktor relaps dalam kalangan penagih dadah wanita

Fenomena penagihan semula merupakan salah satu cabaran sukar dalam proses rawatan dan pemulihan dadah. Di Malaysia, walaupun program rawatan dan pemulihan dadah telah dilaksanakan sekian lama, namun angka penagihan semula terus menunjukkan kadar peningkatan yang ketara. Kajian ini adalah bertujuan u...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Che Amat, Muhammad Asyraf, Ahmad, Jamaludin
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50939/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50939/1/Greduc094%20Muhammad%20Asyraf%20Che%20Amat.pdf
Description
Summary:Fenomena penagihan semula merupakan salah satu cabaran sukar dalam proses rawatan dan pemulihan dadah. Di Malaysia, walaupun program rawatan dan pemulihan dadah telah dilaksanakan sekian lama, namun angka penagihan semula terus menunjukkan kadar peningkatan yang ketara. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui apakah faktor yang menyebabkan penagih wanita masih lagi mengambil dadah walaupun telah berulang kali memasuki pusat pemulihan dan menerima rawatan. Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk kualitatif dan menggunakan kaedah temu bual bagi memperoleh data. Sampel kajian terdiri daripada empat orang penagih dadah wanita tegar yang pernah memasuki Pusat Pemulihan dan Penagihan Narkotik (PUSPEN) melebihi satu kali. Kajian ini telah dilaksanakan di PUSPEN Bachok, Kelantan iaitu PUSPEN khas untuk penagih-penagih wanita. Enam faktor yang mendorong mereka untuk kembali relaps telah ditemui daripada dapatan kajian iaitu faktor diri sendiri, faktor keluarga, factor pendapatan, faktor penolakan masyarakat, faktor kurangnya pengetahuan dan pengamalan agama dan juga faktor media massa yang mengingatkan kembali kepada kenangan lama. Kajian ini turut memberikan cadangan daripada perspektif penagih bagaimana untuk membantu mereka berhenti daripada penagihan.