Amalan kepemimpinan pengajaran pengetua mengikut kumpulan prestasi sekolah
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap amalan kepemimpinan pengajaran pengetua di organisasi sekolah mengikut kumpulan prestasi sekolah. Kajian melibatkan dua puluh empat buah sekolah menengah harian biasa Negeri Pahang yang telah dikenal pasti melalui pencapaian band sekolah dalam tempoh tiga ta...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Language: | English |
| Published: |
Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
2013
|
| Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50849/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50849/1/Greduc050%20Aniza%20Baharuddin.pdf |
| Summary: | Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap amalan kepemimpinan pengajaran pengetua di organisasi sekolah mengikut kumpulan prestasi sekolah. Kajian melibatkan dua puluh empat buah sekolah menengah harian biasa Negeri Pahang yang telah dikenal pasti melalui pencapaian band sekolah dalam tempoh tiga tahun dari 2009 hingga 2011. Kajian kuantitatif ini melibatkan 309 responden dalam kalangan guru bagi mengenal pasti persepsi guru terhadap tahap amalan kepemimpinan pengajaran pengetua mereka. Dapatan kajian menunjukkan amalan kepemimpinan pengajaran pengetua sekolah menengah secara keseluruhannya adalah pada tahap tinggi. Namun begitu bagi kumpulan sekolah prestasi tinggi, tahap amalan kepemimpinan pengajaran pengetua adalah lebih tinggi secara signifikan berbanding kumpulan sekolah prestasi sederhana dan rendah. |
|---|