Kepimpinan distributif sekolah menengah di daerah Kangar, Perlis
Kepimpinan distributif ialah satu bentuk kepimpinan secara berkumpulan yang memberi pengupayaan kepada subordinat. Kecemerlangan sekolah memerlukan tanggungjawab guru untuk meningkatkan pretasi sekolah ke tahap yang lebih tinggi. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana kepimpinan distr...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Language: | English |
| Published: |
Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
2013
|
| Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50810/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50810/1/Greduc020%20Nurulaim%20Asyikin%20Zakaria.pdf |
| Summary: | Kepimpinan distributif ialah satu bentuk kepimpinan secara berkumpulan yang memberi pengupayaan kepada subordinat. Kecemerlangan sekolah memerlukan tanggungjawab guru untuk meningkatkan pretasi sekolah ke tahap yang lebih tinggi. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana kepimpinan distributif diamalkan di sekolah menengah daerah Kangar, Perlis dan membandingkan persepsi amalan kepimpinan distributif berdasarkan faktor demografi. Data diambil daripada 145 guru di sekolah menengah di daerah Kangar, Perlis. Kepimpinan distributif di ukur menggunakan soal selidik yang diubahsuai daripada Distributed Leadership Inventory oleh Hulpia et al.., (2009). Dapatan kajian menunjukkan kepimpinan distributif di sekolah adalah pada tahap sederhana dengan min 3.96 (SP = 0.68) Kajian ini mencadangkan kepimpinan distributif di sekolah perlu dipertingkatkan lagi supaya guru dapat memberi sumbangan yang lebih baik untuk memajukan sekolah. |
|---|