Kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar aliran teknikal sekolah menengah vokasional di Gombak
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar aliran teknikal sekolah menengah vokasional di Gombak. Responden kajian terdiri daripada 220 orang pelajar teknikal dalam kursus Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Mekanikal. Ka...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Language: | English |
| Published: |
Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
2013
|
| Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50783/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50783/1/Greduc003%20Tiza%20Lytha%20Rimaya%20Bt%20Musly%20Thahar.pdf |
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar aliran teknikal sekolah menengah vokasional di Gombak. Responden kajian terdiri daripada 220 orang pelajar teknikal dalam kursus Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Mekanikal. Kajian ini dilakukan dengan kaedah tinjauan melalui pengedaran borang soal selidik. Instrumen kajian terdiri daripada dua bahagian A dan B dengan respon Skala Likert 1 hingga 5. Data dianalisis dengan bantuan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 19.0. Dapatan menunjukkan tahap penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar aliran teknikal adalah sederhana tinggi. Walau bagaimanapun, kemahiran insaniah dominan yang dikuasai oleh pelajar adalah kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran kerja berpasukan. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara tiga kemahiran insaniah berdasarkan jantina iaitu bagi kemahiran komunikasi, kemahiran etika dan profesional dan kemahiran kerja berpasukan. Masing-masing dengan nilai t=-1.993, t=-2.471 dan t=-2.064. Selain daripada itu terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran insaniah dominan dengan tahap penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar. |
|---|