Penggunaan perkataan semua tujuan dalam pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Perancis: satu perbandingan
Kajian ini bertujuan untuk membandingkan strategi penggunaan perkataan untuk semua tujuan yang digunakan oleh pelajar Melayu yang mengambil mata pelajaran Bahasa Perancis sebagai bahasa asing dan pelajar Perancis yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Seramai 15 orang resp...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Universiti Putra Malaysia Press
2015
|
| Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50403/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50403/1/Penggunaan%20perkataan%20semua%20tujuan%20dalam%20pembelajaran%20Bahasa%20Melayu%20dan%20Bahasa%20Perancis%20satu%20perbandingan.pdf |
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk membandingkan strategi penggunaan perkataan untuk semua tujuan yang digunakan oleh pelajar Melayu yang mengambil mata pelajaran Bahasa Perancis sebagai bahasa asing dan pelajar Perancis yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Seramai 15 orang responden terlibat dalam kajian ini. Mereka diminta melakukan satu set aktiviti penulisan. Kajian ini menggunakan kaedah penganalisisan kualitatif dan kuantitatif yang diubah suai daripada kerangka definisi penggunaan perkataan semua tujuan oleh Dörnyei (1995). Hasil kajian mendapati bahawa pelajar Melayu banyak menggunakan strategi penggunaan perkataan untuk semua tujuan pada artikel kata nama, kata kerja, kata posesif dan preposisi, sementara pelajar Perancis pula menggunakan strategi ini pada imbuhan, kata nama dan kata jamak. Kajian ini memberikan implikasi pedagogi untuk menarik perhatian guru bahasa Perancis dan bahasa Melayu tentang perspektif pelajar yang berbeza terhadap penggunaan strategi ini. Kajian ini juga dapat memberikan gambaran bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan. |
|---|