Tahap pengurusan kolaboratif dan fenomena pengurusan di sekolah menengah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap tahap pengurusan kolaboratif, tahap kecenderungan penggunaan setiap sumber kuasa pengetua, gaya komunikasi penyeliaan pengetua, dan struktur organisasi. Di samping itu, kajian ini juga meninjau pengamalan budaya kerja guru dan tahap ke...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Tang, Keow Ngang, Foo, Say Fooi, Lope Pihie, Zaidatol Akmaliah, Abu Samah, Bahaman
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Sains Malaysia 2004
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/49514/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/49514/1/Tahap%20pengurusan%20kolaboratif%20dan%20fenomena%20pengurusan%20di%20sekolah%20menengah.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap tahap pengurusan kolaboratif, tahap kecenderungan penggunaan setiap sumber kuasa pengetua, gaya komunikasi penyeliaan pengetua, dan struktur organisasi. Di samping itu, kajian ini juga meninjau pengamalan budaya kerja guru dan tahap kebolehan guru. Kajian yang berbentuk tinjauan ini adalah berdasarkan 'Model Kitaran Pengurusan Kolaboratif Sekolah' oleh Caldwell dan Spinks (1988) dan 'Teori Sistem Empat Pengurusan' oleh Rensis Likert (1961). Sejumlah 310 orang guru dari 31 buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berlapis. Secara deskriptif, dapatan-dapatan kajian ini menuniukkan: (i), tahap pengurusan kolaboratif yang diamalkan di sekolah mereka adalah antara sederhana dan tinggi; (ii) responden mempersepsikan pengetua mereka berkecenderungan tinggi menggunakan kelima-lima sumber kuasa; (iii) sebanyak 74.8 peratus responden mempersepsikan pengetua mereka berada pada tahap komunikasi penyeliaan yang sederhana; (iv) sejumlah 97.4 peratus responden mengamalkan budaya kerja yang positif; (v) sejumlah 71.3% responden berada pada tahap kebolehan yang sederhana; dan (vi) seramai 91.6 peratus responden mempersepsikan struktur organisasi mereka adalah leper dan luwes.