Perhubungan gender dalam masyarakat tradisional berdasarkan Hikayat Patani

Kajian ini berusaha untuk membincangkan tentang perhubungan gender dalam Hikayat Patani melalui perspektif gender dalam masyarakat Melayu tradisional. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti corak hubungan gender dalam Hikayat Patani dan menganalisis peranan dan kedudukan wanita dalam masyarak...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Anwar, Suhadan, Noor Muhammad, Salmah Jan
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48858/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48858/1/Perhubungan%20gender%20dalam%20masyarakat%20tradisional%20berdasarkan%20Hikayat%20Patani.pdf
Description
Summary:Kajian ini berusaha untuk membincangkan tentang perhubungan gender dalam Hikayat Patani melalui perspektif gender dalam masyarakat Melayu tradisional. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti corak hubungan gender dalam Hikayat Patani dan menganalisis peranan dan kedudukan wanita dalam masyarakat tradisional. Hal ini kerana masyarakat Melayu tradisional memandang wanita dengan sifat-sifat stereotaip atau ‘sendeng gender’ dan hanya diberikan peranan di ruang domestik (ruang dapur). Namun, Hikayat Patani telah menafikan hal ini dengan menonjolkan beberapa orang wanita sebagai pemerintah atau raja dalam negeri-negeri mereka. Dalam hal ini, kajian ini dapat menonjolkan peranan dan pemikiran masyarakat Melayu tradisional berkaitan dengan kedudukan dan peranan lelaki dengan wanita, khususnya masyarakat Melayu Patani. Kajian ini mendapati bahawa masih wujud sendeng gender atau bias gender walaupun wanita telah menjadi pemimpin atau raja dalam sistem kemasyarakatan. Namun, peranan wanita sebagai seorang pemimpin telah mampu untuk menonjolkan potensi mereka sebagai seorang yang berkebolehan dalam ruang awam seperti lelaki.