Puisi-puisi Melayu tradisional dalam drama Bukan Lalang ditiup Angin (1970) karya Noordin Hassan
Dramatis Noordin Hassan yang lahir di Pulau Mutiara merupakan sasterawan negara ke-7 yang unik, kreatif dan prolifik. Kemunculan Noordin Hassan dalam dunia drama Melayu moden dan teater tanah air telah memberi nafas baru dalam bidang Kesusasteraan Melayu. Keberanian Noordin Hassan dalam mengutarakan...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Universiti Malaysia Terengganu
2015
|
| Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/46048/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/46048/1/Puisi-puisi%20Melayu%20tradisional%20dalam%20drama%20Bukan%20Lalang%20ditiup%20Angin%20%281970%29%20karya%20Noordin%20Hassan.pdf |
| Summary: | Dramatis Noordin Hassan yang lahir di Pulau Mutiara merupakan sasterawan negara ke-7 yang unik, kreatif dan prolifik. Kemunculan Noordin Hassan dalam dunia drama Melayu moden dan teater tanah air telah memberi nafas baru dalam bidang Kesusasteraan Melayu. Keberanian Noordin Hassan dalam mengutarakan konsep pendramaan baru yang bersifat antirealisme iaitu drama absurd dan eksperimental telah membuka dimensi baru dalam dunia drama di Malaysia. Selain itu keunikan dan kekreatifan Noordin Hassan terbukti apabila beliau menggunakan genre puisi dalam kesemua dramanya. Kajian ini menggunakan kaedah keperpustakaan iaitu dengan mengumpul data dan menganalisis teks drama tersebut. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis jenis-jenis puisi Melayu dalam drama beliau yang bertajuk Bukan Lalang Ditiup Angin (1970). Kajian ini akan menggunakan teori konseptual kata kunci yang diasaskan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2001). Berdasarkan dapatan kajian diharapkan, ia dapat menyumbang kepada dunia Kesusasteraan. |
|---|