Teruskan belajar, ijazah yang dimiliki belum memadai: Tan Sri Mohd Bakke

SERDANG, 1 Nov - Pro-Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Tan Sri Mohd Bakke Salleh mengingatkan graduan supaya sentiasa belajar dengan memberi penekanan kepada pembelajaran sepanjang hayat untuk menjadi lebih cemerlang. “Memperoleh pekerjaan tidak bermakna proses pembelajaran berhenti. Jangan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi
Format: UPM News
Language:English
Published: Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/41323/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/41323/1/Teruskan%20belajar%2C%20ijazah%20yang%20dimiliki%20belum%20memadai%20Tan%20Sri%20Mohd%20Bakke.pdf
_version_ 1848849664689831936
author Universiti Putra Malaysia, Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi
author_facet Universiti Putra Malaysia, Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi
author_sort Universiti Putra Malaysia, Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi
building UPM Institutional Repository
collection Online Access
description SERDANG, 1 Nov - Pro-Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Tan Sri Mohd Bakke Salleh mengingatkan graduan supaya sentiasa belajar dengan memberi penekanan kepada pembelajaran sepanjang hayat untuk menjadi lebih cemerlang. “Memperoleh pekerjaan tidak bermakna proses pembelajaran berhenti. Jangan ingat dengan ijazah yang dimiliki pada hari ini sudah memadai kerana ia bukan tiket untuk berjaya dan kelangsungan hidup dalam dunia mencabar. “Teruskan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran diri serta menjadikan kejayaan pada hari ini sebagai landasan untuk menyumbang secara lebih bermakna kepada pembentukan masyarakat dan pembinaan tamadun manusia yang lebih berkualiti, berintegriti dan sinergi dengan alam persekitaran,” katanya ketika berucap pada sesi keempat Majlis Konvokesyen ke-39 UPM, di sini. Beliau menyampaikan ijazah dan diploma kepada 897 graduan pada sesi itu. Majlis Konvokesyen UPM itu berlansung dari 31 Oktober hingga 3 November dengan seramai 7,056 graduan menerima ijazah dan diploma. Tan Sri Mohd Bakke berkata suatu realiti yang perlu disedari ialah kelayakan akademik bukan satu jaminan untuk berjaya dalam kerjaya kerana ramai usahawan atau ahli korporat yang berjaya walaupun tidak memiliki latar belakang akademik yang tinggi, seperti Bill Gates. Namun katanya, mereka ini mempunyai kelebihan yang membezakan mereka daripada kelompok generasi mereka, antaranya sikap, minat dan pandangan terhadap perkara yang diusahakan. Katanya, mereka berfikiran terbuka, positif dan yakin mengenai kebolehan mereka dan mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup. “Justeru, dengan kelebihan akademik yang dimiliki, serta sentiasa berfikiran terbuka, positif dan tidak memilih pekerjaan, para graduan sebenarnya berupaya untuk menguasai dan menerajui pasaran kerjaya dengan lebih berjaya,” katanya. Beliau juga berkatan para graduan perlu mempunyai kemahiran bahasa Inggeris, iaitu keperluan asas yang perlu dimiliki kerana penggunaan bahasa itu tidak boleh dielak kerana ia bahasa antarabangsa. “Malah sekiranya anda bekerja dalam sektor awam sekalipun, kemahiran berbahasa Inggeris akan turut memberikan anda kelebihan dalam berurusan dengan pihak luar agensi masing-masing,” katanya sambil menambah bahawa ini tidak bermakna Bahasa Malaysia boleh diketepikan. Beliau juga berkata para graduan merupakan duta UPM, dan oleh itu diharap akan mengharumkan nama UPM di persada dunia.
first_indexed 2025-11-15T09:54:00Z
format UPM News
id upm-41323
institution Universiti Putra Malaysia
institution_category Local University
language English
last_indexed 2025-11-15T09:54:00Z
publishDate 2015
publisher Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling upm-413232015-12-09T03:58:29Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/41323/ Teruskan belajar, ijazah yang dimiliki belum memadai: Tan Sri Mohd Bakke Universiti Putra Malaysia, Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi SERDANG, 1 Nov - Pro-Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Tan Sri Mohd Bakke Salleh mengingatkan graduan supaya sentiasa belajar dengan memberi penekanan kepada pembelajaran sepanjang hayat untuk menjadi lebih cemerlang. “Memperoleh pekerjaan tidak bermakna proses pembelajaran berhenti. Jangan ingat dengan ijazah yang dimiliki pada hari ini sudah memadai kerana ia bukan tiket untuk berjaya dan kelangsungan hidup dalam dunia mencabar. “Teruskan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran diri serta menjadikan kejayaan pada hari ini sebagai landasan untuk menyumbang secara lebih bermakna kepada pembentukan masyarakat dan pembinaan tamadun manusia yang lebih berkualiti, berintegriti dan sinergi dengan alam persekitaran,” katanya ketika berucap pada sesi keempat Majlis Konvokesyen ke-39 UPM, di sini. Beliau menyampaikan ijazah dan diploma kepada 897 graduan pada sesi itu. Majlis Konvokesyen UPM itu berlansung dari 31 Oktober hingga 3 November dengan seramai 7,056 graduan menerima ijazah dan diploma. Tan Sri Mohd Bakke berkata suatu realiti yang perlu disedari ialah kelayakan akademik bukan satu jaminan untuk berjaya dalam kerjaya kerana ramai usahawan atau ahli korporat yang berjaya walaupun tidak memiliki latar belakang akademik yang tinggi, seperti Bill Gates. Namun katanya, mereka ini mempunyai kelebihan yang membezakan mereka daripada kelompok generasi mereka, antaranya sikap, minat dan pandangan terhadap perkara yang diusahakan. Katanya, mereka berfikiran terbuka, positif dan yakin mengenai kebolehan mereka dan mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup. “Justeru, dengan kelebihan akademik yang dimiliki, serta sentiasa berfikiran terbuka, positif dan tidak memilih pekerjaan, para graduan sebenarnya berupaya untuk menguasai dan menerajui pasaran kerjaya dengan lebih berjaya,” katanya. Beliau juga berkatan para graduan perlu mempunyai kemahiran bahasa Inggeris, iaitu keperluan asas yang perlu dimiliki kerana penggunaan bahasa itu tidak boleh dielak kerana ia bahasa antarabangsa. “Malah sekiranya anda bekerja dalam sektor awam sekalipun, kemahiran berbahasa Inggeris akan turut memberikan anda kelebihan dalam berurusan dengan pihak luar agensi masing-masing,” katanya sambil menambah bahawa ini tidak bermakna Bahasa Malaysia boleh diketepikan. Beliau juga berkata para graduan merupakan duta UPM, dan oleh itu diharap akan mengharumkan nama UPM di persada dunia. Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia 2015-11-01 UPM News NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/41323/1/Teruskan%20belajar%2C%20ijazah%20yang%20dimiliki%20belum%20memadai%20Tan%20Sri%20Mohd%20Bakke.pdf Universiti Putra Malaysia, Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (2015) Teruskan belajar, ijazah yang dimiliki belum memadai: Tan Sri Mohd Bakke. [UPM News] http://www.upm.edu.my/berita/details/Bakkebm
spellingShingle Universiti Putra Malaysia, Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi
Teruskan belajar, ijazah yang dimiliki belum memadai: Tan Sri Mohd Bakke
title Teruskan belajar, ijazah yang dimiliki belum memadai: Tan Sri Mohd Bakke
title_full Teruskan belajar, ijazah yang dimiliki belum memadai: Tan Sri Mohd Bakke
title_fullStr Teruskan belajar, ijazah yang dimiliki belum memadai: Tan Sri Mohd Bakke
title_full_unstemmed Teruskan belajar, ijazah yang dimiliki belum memadai: Tan Sri Mohd Bakke
title_short Teruskan belajar, ijazah yang dimiliki belum memadai: Tan Sri Mohd Bakke
title_sort teruskan belajar, ijazah yang dimiliki belum memadai: tan sri mohd bakke
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/41323/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/41323/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/41323/1/Teruskan%20belajar%2C%20ijazah%20yang%20dimiliki%20belum%20memadai%20Tan%20Sri%20Mohd%20Bakke.pdf