Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM tawar 1,000 anak pokok

SERDANG, 30 Okt - Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-39 menawarkan sebanyak 1,000 anak pokok buah-buahan yang dihasilkan oleh UPM termasuk pelbagai klon anak pokok durian. Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen itu mempamerkan 28 Pameran Inovasi Penyelidikan majo...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi
Format: UPM News
Language:English
Published: Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/40400/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/40400/1/Ekspo%20Pertanian%20dan%20Pesta%20Konvokesyen%20UPM%20tawar%201%2C000%20anak%20pokok.pdf
Description
Summary:SERDANG, 30 Okt - Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-39 menawarkan sebanyak 1,000 anak pokok buah-buahan yang dihasilkan oleh UPM termasuk pelbagai klon anak pokok durian. Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen itu mempamerkan 28 Pameran Inovasi Penyelidikan majoritinya berkaitan pertanian. Ia dirasmikan oleh Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi Ramlan. Beliau berkata antara yang menarik ialah inovasi minyak masak jenama ‘Afdhal’ daripada ekstrak herba semulajadi yang mampu mengurangkan serapan minyak dalam masakan dan boleh digunakan berulang sehingga 80 kali. “Minyak itu dirumus secara saintifik menggunakan bahan utama iaitu minyak sawit dan herba yang mampu mengurangkan penyerapan minyak dalam makanan bergoreng sehingga 85% dan membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan kanser. “Inovatif daripada perintis perusahan, penyelidik dan belia menunjukkan produk inovatif Malaysia boleh dipasarkan ke peringkat antarabangsa. “Pendekatan pertanian baru ini diharapkan dapat mencetuskan arus perindustrian pertanian di negara kita,” katanya.