Nilai insaniah dalam novel terpilih Sri Rahayu

Insan merupakan sebaik-baik kejadian dalam Islam. Manusia dikurniakan akal yang dapat membezakan baik dan buruk, tinggal lagi bagaimana manusia itu sendiri mengawal dirinya dari melakukan perkara-perkara yang terlarang. Justeru, dalam Islam telah digariskan bahawa martabat insan itu sendiri diangkat...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mazuki, Siti Norain
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39677/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39677/1/FBMK%202013%2041%20I.pdf
_version_ 1848849209742065664
author Mazuki, Siti Norain
author_facet Mazuki, Siti Norain
author_sort Mazuki, Siti Norain
building UPM Institutional Repository
collection Online Access
description Insan merupakan sebaik-baik kejadian dalam Islam. Manusia dikurniakan akal yang dapat membezakan baik dan buruk, tinggal lagi bagaimana manusia itu sendiri mengawal dirinya dari melakukan perkara-perkara yang terlarang. Justeru, dalam Islam telah digariskan bahawa martabat insan itu sendiri diangkat tinggi sepertimana yang terdapat dalam al-Quran berdasarkan Surah al-Insan dan al-Nas. Hal ini juga telah memperlihatkan insan dilarang melakukan perkara-perkara yang terlarang. Dalam menelusuri kajian ini, pengkaji akan menggunakan pendekatan psikologi Islam berlandaskan al-Ghazali. Hal ini kerana dalam Islam seseorang insan itu telah diangkat tinggi martabatnya dan dalam psikologi Islam berdasarkan al-Ghazali menjelaskan tentang tiga perkara yang berkait rapat dengan diri seseorang insan iaitu nafsu, akal dan kalbu (hati). Justeru, terdapat tujuh(7) buah novel yang akan dikaji iaitu Bukan Legasi Lalang (2000), Merdekakan Cinta Ratna (2002), Odisi Tanah Kencana (2006), Warisnya Kalbu (2007), Kasih Nan Agung (2008), Impuls/Roh (2009) dan Bimasakti Menari (2010). Novel-novel ini merupakan novel yang telah memenangi pertandingan Hadiah Sastera Utusan (HSKU) sekali gus memberi ekspektasi awal tentang kualitinya sejajar dengan kemenangannya. Sehubungan itu kajian ini bertitik tolak daripada permasalahan berkaitan dengan novel-novel Melayu pada masa kini yang diragui nilai kualitinya dan keintelektualannya yang boleh meningkatkan nilai-nilai insaniah pada khalayak pembaca. Di samping itu, kajian ini juga hadir untuk mengisi kelompongan daripada kajian lepas yang mana menggunakan medium kajian yang berbeza dan juga kerangka yang digunakan secara tidak menyeluruh. Oleh itu, pengkaji ingin melihat nilai-nilai insaniah dalam ketujuh-tujuh novel yang akan dikaji. Objektif kajian ini ialah menganalisis nilai insaniah berdasarkan aspek kalbu, menganalisis nilai insaniah berdasarkan aspek akal dan menganalisis nilai insaniah berdasarkan aspek nafsu. Analisis mendapati bahawa terdapat beberapa nilai-nilai insaniah yang berkait rapat dengan aspek kalbu antaranya aspek-aspek ketuhanan yang merangkumi aqidah dan ibadah. Dalam aspek akidah pula adanya nilai beriman kepada Allah, beriman kepada kitab, beriman kepada Rasul, beriman kepada hari akhirat dan beriman kepada qada’ dan qadar. Manakala dari aspek ibadah pula, adanya penerapan hubungan dengan Allah (Habl Min Allah) yang meliputi ibadah solat dan pengungkapan doa. Penelitian tentang hubungan sesama insan (Habl Min al-Nas) turut dikesan dalam novel-novel ini antaranya ialah adab pergaulan, amanah dan bertanggungjawab, tolong menolong dan saling menasihati. Dalam aspek kerohanian pula, antara nilai yang ada ialah bersyukur, redha, pemaaf, bertaubat dan kasih sayang. Manakala dari aspek akal pula, analisis mengesan adanya penerapan ilmu pengetahuan yang melingkar kehidupan setiap insan. Di samping adanya penerapan nilai sabar yang terangkum ketika membicarakan tentang aspek nafsu yang hanya memfokuskan kepada nafsu muthma’innah. Berdasarkan kepada analisis yang dilakukan jelas bahawa kajian ini dapat mencapai objektif kajian dan novel-novel ini sememangnya mempunyai nilai-nilai insaniah yang tinggi sejajar dengan kemenangannya.
first_indexed 2025-11-15T09:46:46Z
format Thesis
id upm-39677
institution Universiti Putra Malaysia
institution_category Local University
language English
last_indexed 2025-11-15T09:46:46Z
publishDate 2013
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling upm-396772024-08-29T08:27:28Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39677/ Nilai insaniah dalam novel terpilih Sri Rahayu Mazuki, Siti Norain Insan merupakan sebaik-baik kejadian dalam Islam. Manusia dikurniakan akal yang dapat membezakan baik dan buruk, tinggal lagi bagaimana manusia itu sendiri mengawal dirinya dari melakukan perkara-perkara yang terlarang. Justeru, dalam Islam telah digariskan bahawa martabat insan itu sendiri diangkat tinggi sepertimana yang terdapat dalam al-Quran berdasarkan Surah al-Insan dan al-Nas. Hal ini juga telah memperlihatkan insan dilarang melakukan perkara-perkara yang terlarang. Dalam menelusuri kajian ini, pengkaji akan menggunakan pendekatan psikologi Islam berlandaskan al-Ghazali. Hal ini kerana dalam Islam seseorang insan itu telah diangkat tinggi martabatnya dan dalam psikologi Islam berdasarkan al-Ghazali menjelaskan tentang tiga perkara yang berkait rapat dengan diri seseorang insan iaitu nafsu, akal dan kalbu (hati). Justeru, terdapat tujuh(7) buah novel yang akan dikaji iaitu Bukan Legasi Lalang (2000), Merdekakan Cinta Ratna (2002), Odisi Tanah Kencana (2006), Warisnya Kalbu (2007), Kasih Nan Agung (2008), Impuls/Roh (2009) dan Bimasakti Menari (2010). Novel-novel ini merupakan novel yang telah memenangi pertandingan Hadiah Sastera Utusan (HSKU) sekali gus memberi ekspektasi awal tentang kualitinya sejajar dengan kemenangannya. Sehubungan itu kajian ini bertitik tolak daripada permasalahan berkaitan dengan novel-novel Melayu pada masa kini yang diragui nilai kualitinya dan keintelektualannya yang boleh meningkatkan nilai-nilai insaniah pada khalayak pembaca. Di samping itu, kajian ini juga hadir untuk mengisi kelompongan daripada kajian lepas yang mana menggunakan medium kajian yang berbeza dan juga kerangka yang digunakan secara tidak menyeluruh. Oleh itu, pengkaji ingin melihat nilai-nilai insaniah dalam ketujuh-tujuh novel yang akan dikaji. Objektif kajian ini ialah menganalisis nilai insaniah berdasarkan aspek kalbu, menganalisis nilai insaniah berdasarkan aspek akal dan menganalisis nilai insaniah berdasarkan aspek nafsu. Analisis mendapati bahawa terdapat beberapa nilai-nilai insaniah yang berkait rapat dengan aspek kalbu antaranya aspek-aspek ketuhanan yang merangkumi aqidah dan ibadah. Dalam aspek akidah pula adanya nilai beriman kepada Allah, beriman kepada kitab, beriman kepada Rasul, beriman kepada hari akhirat dan beriman kepada qada’ dan qadar. Manakala dari aspek ibadah pula, adanya penerapan hubungan dengan Allah (Habl Min Allah) yang meliputi ibadah solat dan pengungkapan doa. Penelitian tentang hubungan sesama insan (Habl Min al-Nas) turut dikesan dalam novel-novel ini antaranya ialah adab pergaulan, amanah dan bertanggungjawab, tolong menolong dan saling menasihati. Dalam aspek kerohanian pula, antara nilai yang ada ialah bersyukur, redha, pemaaf, bertaubat dan kasih sayang. Manakala dari aspek akal pula, analisis mengesan adanya penerapan ilmu pengetahuan yang melingkar kehidupan setiap insan. Di samping adanya penerapan nilai sabar yang terangkum ketika membicarakan tentang aspek nafsu yang hanya memfokuskan kepada nafsu muthma’innah. Berdasarkan kepada analisis yang dilakukan jelas bahawa kajian ini dapat mencapai objektif kajian dan novel-novel ini sememangnya mempunyai nilai-nilai insaniah yang tinggi sejajar dengan kemenangannya. 2013-12 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39677/1/FBMK%202013%2041%20I.pdf Mazuki, Siti Norain (2013) Nilai insaniah dalam novel terpilih Sri Rahayu. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. Malay literature - Case studies Malaysian fiction Psychology - Religious aspects - Islam
spellingShingle Malay literature - Case studies
Malaysian fiction
Psychology - Religious aspects - Islam
Mazuki, Siti Norain
Nilai insaniah dalam novel terpilih Sri Rahayu
title Nilai insaniah dalam novel terpilih Sri Rahayu
title_full Nilai insaniah dalam novel terpilih Sri Rahayu
title_fullStr Nilai insaniah dalam novel terpilih Sri Rahayu
title_full_unstemmed Nilai insaniah dalam novel terpilih Sri Rahayu
title_short Nilai insaniah dalam novel terpilih Sri Rahayu
title_sort nilai insaniah dalam novel terpilih sri rahayu
topic Malay literature - Case studies
Malaysian fiction
Psychology - Religious aspects - Islam
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39677/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39677/1/FBMK%202013%2041%20I.pdf