Analisis kontrastif kata sendi nama 'pada' bahasa Melayu dan bahasa Thai

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan kata sendi nama ‘pada’ bahasa Melayu dan bahasa Thai. Kata sendi nama ‘pada’ ini merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran bahasa Thai sebagai bahasa asing di Malaysia. Kajian komparatif ini membandi...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Che Su, Norizan
Format: Article
Language:English
Published: Persatuan Linguistik Malaysia 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35636/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35636/1/Analisis%20kontrastif%20kata%20sendi%20nama%20%27pada%27%20bahasa%20Melayu%20dan%20bahasa%20Thai.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan kata sendi nama ‘pada’ bahasa Melayu dan bahasa Thai. Kata sendi nama ‘pada’ ini merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran bahasa Thai sebagai bahasa asing di Malaysia. Kajian komparatif ini membandingkan penggunaan kata sendi nama ‘pada’. Rujukan utama ialah buku Tatabahasa Dewan bagi data sekunder bahasa Melayu dengan buku lak phasa Thai dan soal selidik diedarkan kepada 13 orang pelajar Thai dari University Rat Chaphat Thep Satteri, Thailand. Keputusan kajian ini mendapati bahawa terdapat perbezaan yang paling ketara dalam konteks keterangan waktu. Justeru, pelajar di dapati keliru dalam mengenal pasti penggunaan sendi nama ini. Adalah diharapkan supaya kajian akan datang dapat memberi tumpuan terhadap penggunaan sendi nama ‘pada’ dalam konteks perbualan seharian.