Analisis kesalahan dalam penulisan pelajar bahasa kedua dari aspek morfologi
Dalam proses penguasaan bahasa kedua, kesalahan dalam penggunaan bahasa sering kali dilakukan oleh murid-murid bahasa kedua tersebut. Kesalahan yang dilakukan biasanya bermula daripada kesalahan bahasa dalam pertuturan. Kemudian, kesalahan tersebut akan terbawa-bawa dalam penulisan pengguna bahasa k...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Persatuan Linguistik Malaysia
2018
|
| Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35610/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35610/1/Analisis%20kesalahan%20dalam%20penulisan%20pelajar%20bahasa%20kedua%20dari%20aspek%20morfologi.pdf |
| Summary: | Dalam proses penguasaan bahasa kedua, kesalahan dalam penggunaan bahasa sering kali dilakukan oleh murid-murid bahasa kedua tersebut. Kesalahan yang dilakukan biasanya bermula daripada kesalahan bahasa dalam pertuturan. Kemudian, kesalahan tersebut akan terbawa-bawa dalam penulisan pengguna bahasa kedua tersebut. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis kesalahan bahasa dari aspek morfologi dalam penulisan murid-murid Cina tahun 5. Dalam pada itu, skrip jawapan bahagian C kertas penulisan beberapa orang murid tahun 5 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa Telok Kemang telah dijadikan sebagai bahan kajian. Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Bahan kajian yang telah dipilih dianalisis menggunakan Teori Analisis Kesalahan oleh Corder (1981). Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis teks. Hasil kajian menunjukkan kesalahan morfologi yang dilakukan oleh murid-murid Cina dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ialah kesalahan dalam penggunaan imbuhan awalan “di-”, imbuhan awalan “meN-” dan alomorfnya, serta kesalahan dalam pemilihan istilah dalam penulisan murid-murid Cina. |
|---|