Konsep kebenaran ilmu dalam bahasa Melayu berpaksikan pandangan Islam yang sejagat

Banyak sudah diperkatakan tentang memori kerana banyak yang sudah hilang. Sehubungan itu, banyak negara beratus-ratus tahun menjadi wacana penterjemahan dan penafsiran al-Qur’an, Hadith, ulasan tentang epistemologi, ontologi, perundangan Islam dan sebagainya. Dalam artikel ini proses islamisasi umat...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Che Rodi, Rozita, Musa, Hashim, Noor Muhammad, Salmah Jan, Che Soh, Nur Amirah
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilisation, Universiti Kebangsaan Malaysia 2014
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34338/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34338/1/Konsep%20kebenaran%20ilmu%20dalam%20bahasa%20Melayu%20berpaksikan%20pandangan%20Islam%20yang%20sejagat.pdf
Description
Summary:Banyak sudah diperkatakan tentang memori kerana banyak yang sudah hilang. Sehubungan itu, banyak negara beratus-ratus tahun menjadi wacana penterjemahan dan penafsiran al-Qur’an, Hadith, ulasan tentang epistemologi, ontologi, perundangan Islam dan sebagainya. Dalam artikel ini proses islamisasi umat Melayu dan bahasa Melayu diulaskan berdasarkan teori Syed M. Naquib al-Attas pada 1969 yang telah menyerapkan dua elemen, iaitu (a) unsur pemikiran rasional dan waras yang berbentuk akliah, logikal dan rasional, dan (b) mentranformasikan bahasa Melayu kepada bahasa Islam yang terserap dengan kosa kata Islam sebagai wadah pengungkapan dan penyebaran ilmu Islam dalam pelbagai genre persuratan. Namun, penaklukan kuasa penjajahan barat ke atas umat Melayu mendatangkan impak yang besar melalui proses sekularisasi ilmu, bahasa dan pemikirannya. Ilmu dari sudut pandangan kajian saintifik Barat yang bersifat sekular kini mendominasi dunia akademia secara berleluasa. Ilmu duniawi, iaitu ilmu sains dan teknologi dianggap sebagai ilmu yang terpenting dan paling berguna. Manakala, ilmu agama Islam yang dianggap sebagai ilmu ukhrawi semata-mata, tidak dianggap penting untuk membangunkan kehidupan di dunia ini. Artikel ini akan membahaskan bahawasanya dari sudut pandangan Islam, ilmu sekular barat telah menimbulkan kekeliruan tentang konsep fakta, data, ilmu dan sebagainya. Artikel ini juga akan menelusuri konsep dan definisi fakta, data dan ilmu dari sudut pandangan Islam.