Kesilapan ejaan dalam terjemahan pelajar bahasa Perancis di Universiti Putra Malaysia
Sering kali terdapat kesilapan pelajar dalam mempelajari bahasa Perancis. Kesilapan ini akan menggugat proses penguasaan bahasa kerana ia akan memberi kesan terhadap proses penguasaan gramatikal dan semantik pelajar. Justeru itu, kajian ini bertujuan menganalisis kesilapan ejaan dalam karangan pela...
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Malaysia Terengganu
2016
|
| Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34318/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34318/1/Kesilapan%20ejaan%20dalam%20terjemahan%20pelajar%20bahasa%20Perancis%20di%20Universiti%20Putra%20Malaysia.pdf |
| Summary: | Sering kali terdapat kesilapan pelajar dalam mempelajari bahasa Perancis. Kesilapan ini akan menggugat proses penguasaan bahasa kerana ia akan memberi kesan terhadap proses penguasaan gramatikal dan semantik pelajar. Justeru itu, kajian ini bertujuan menganalisis kesilapan ejaan dalam karangan pelajar yang mempelajari bahasa Perancis sebagai bahasa asing. Sampel dalam kajian ini terdiri daripada 15 karangan sepanjang 250 – 400 perkataan yang disediakan oleh pelajar tahap Tiga. Analisis kajian ini dilakukan secara kuantitatif dan kualitatif dengan mengaplikasikan pengkelasan kesilapan ejaan oleh Rimrott & Heift (2008). Hasil kajian mendapati sebanyak 77 kesilapan dilakukan oleh pelajar, yang melibatkan 22 kesilapan fonologikal, 33 kesilapan morfologikal dan 22 kesilapan leksikal. Hasil kajian juga mendapati, kesilapan ini berlaku disebabkan kekeliruan fonologikal, generalisasi terlampau daripada bahasa Inggeris dan ketidakfahaman mengenai tatabahasa bahasa Perancis, khususnya yang melibatkan kala lampau dan bentuk pasif. |
|---|