Interaksi kumpulan kecil pelajar Korea dalam pembelajaran bahasa Melayu: satu analisis wacana

Kajian ini memberi fokus kepada interaksi kumpulan kecil pelajar Korea yang mempelajari bahasa Melayu di Hankuk University of Foreign Studies, Korea. Lapan belas pelajar lelaki dan perempuan Korea berumur dari 22 hingga 27 tahun terlibat dalam kajian ini. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pa...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abd Rahim, Normaliza, Sujud, Arba'ie, Abdul Halim, Hazlina, Mamat, Roslina
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu 2014
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34231/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34231/1/Interaksi%20kumpulan%20kecil%20pelajar%20Korea%20dalam%20pembelajaran%20bahasa%20Melayu%20satu%20analisis%20wacana.pdf
Description
Summary:Kajian ini memberi fokus kepada interaksi kumpulan kecil pelajar Korea yang mempelajari bahasa Melayu di Hankuk University of Foreign Studies, Korea. Lapan belas pelajar lelaki dan perempuan Korea berumur dari 22 hingga 27 tahun terlibat dalam kajian ini. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis perbualan pelajar serta menanggapi bahasa dalam sesi perbincangan dalam kelas. Kajian ini mengambil masa selama tiga minggu dan pelajar diberi dua sajak untuk dibincangkan. Keputusan kajian mendapati bahawa dalam interaksi kumpulan kecil ini, pelajar mengutarakan persoalan, membuat rundingan serta memberi jawapan ringkas bersama rakan sekumpulan. Pelajar juga kelihatan mempunyai keyakinan dalam perbincangan berkumpulan. Selain itu, pelajar diberi ruang untuk berinteraksi dengan cara yang positif dalam kalangan ahli kumpulan kecil dan menggunakan bahasa Melayu sebagai sistem komunikasi antara mereka. Adalah diharapkan supaya kajian yang sedang dijalankan dapat memberi impak yang positif terhadap pelajar yang mempelajari bahasa ketiga dan keempat dalam pembelajaran kesusasteraan Melayu.