Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Menyiasat di Prasekolah dan Tahap 1 Sekolah Rendah
Pengajaran kemahiran menyiasat telah diberi penekanan dalam kurikulum di peringkat prasekolah dan sekolah rendah kerana ia berupaya meningkatkan penguasaan kemahiran berfikir murid. Penyelidikan yang dijalankan ini adalah untuk meneliti tiga persoalan utama dalam pengajaran kemahiran menyiasat ia...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English Malay |
| Published: |
2004
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/330/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/330/1/549587_T_FPP_2004_4.pdf |
| _version_ | 1848838749401645056 |
|---|---|
| author | Sulaiman, Tajularipin |
| author_facet | Sulaiman, Tajularipin |
| author_sort | Sulaiman, Tajularipin |
| building | UPM Institutional Repository |
| collection | Online Access |
| description | Pengajaran kemahiran menyiasat telah diberi penekanan dalam kurikulum di peringkat
prasekolah dan sekolah rendah kerana ia berupaya meningkatkan penguasaan kemahiran
berfikir murid. Penyelidikan yang dijalankan ini adalah untuk meneliti tiga persoalan
utama dalam pengajaran kemahiran menyiasat iaitu; (a) apakah faktor yang
dipertimbangkan oleh guru semasa merancang pengajaran kemahiran menyiasat, (b)
sejauh mana guru membina soalan mengikut Taksonomi Cogaff, dan (c) sejauh mana
guru melibatkan kemahiran proses sains dalam aktiviti penyiasatan.
Peserta kajian yang dipilih untuk tujuan kajian ini terdiri daripada empat orang guru yang
mengajar di sebuah sekolah yang sama. Guru-guru ini dipilih bagi mewakili setiap
kumpulan murid yang diajar dari peringkat prasekolah hingga Tahun 3 sekolah rendah.
Tiga kaedah pengutipan data bagi kajian kes digunakan iaitu pemerhatian, temu bual, dan
bukti dokumen. Penyelidik bertindak sebagai pemerhati dalam pengajaran keempat empat orang guru bagi setiap kelas iaitu dari peringkat prasekolah hingga Tahun 3
sekolah rendah. Data-data yang diperoleh dari ketiga-tiga kaedah ini dianalisis dan
dibandingkan dalam membuat suatu rumusan bagi kajian ini.
Hasil kajian mendapati bahawa peserta kajian mempertimbangkan 23 faktor dalam
perancangan pengajaran. Bagi aktiviti penyoalan, kajian ini mendapati guru paling kerap
menggunakan soalan tahap pengetahuan. Tahap soalan yang kedua paling kerap
digunakan adalah soalan tahap analisis. Ini memberi peluang kepada murid membuat
aktiviti penyiasatan. Dari segi kemahiran proses sains, didapati bahawa kemahiran
pemerhatian dan pengelasan merupakan kemahiran proses sains yang paling kerap
digunakan oleh guru dalam aktiviti penyiasatan murid.
Berdasarkan dapatan yang diperoleh adalah penting bagi guru yang terlibat dalam
pengajaran kemahiran menyiasat mempertingkatkan pengetahuan terhadap konsep sains.
Guru ini seharusnya diberi pendedahan dan pengalaman tentang konsep sains yang akan
diajar. Selain itu, konsep sains yang ingin diajar juga perlu bersesuaian dengan tahap
kebolehan murid. Bagi menggalakkan murid berminat mempelajari konsep sains guru
juga perlu menggunakan alat atau bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tahap umur
murid.
Dalam sesi pengajaran yang dijalankan didapati guru kurang menggunakan soalan afektif
dan soalan tahap kognitif tinggi seperti aplikasi, sintesis, dan penilaian. Tahap soalan ini
merupakan jenis soalan mencapah yang dapat menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti penyiasatan. Justeru adalah wajar guru diberi pendedahan dan latihan dalam
penggunaan dan pembentukkan tahap soalan ini. Bagi aspek kemahiran proses sains,
guru kerap menggunakan kemahiran pemerhatian dan membuat pengelasan. Murid juga
kurang diberikan situasi atau fenomena yang menggalakkan penggunaan kemahiran
proses sains yang lain seperti membuat ukuran, membuat ramalan, dan membuat inferens
dalam aktiviti penyiasatan. Oleh itu, guru perlu mempelbagaikan contoh, masalah,
situasi, dan fenomena yang berkaitan dengan konsep sains yang disiasat agar lebih
banyak kemahiran proses sains yang dapat dilibatkan dalam aktiviti tersebut. |
| first_indexed | 2025-11-15T07:00:30Z |
| format | Thesis |
| id | upm-330 |
| institution | Universiti Putra Malaysia |
| institution_category | Local University |
| language | English Malay |
| last_indexed | 2025-11-15T07:00:30Z |
| publishDate | 2004 |
| recordtype | eprints |
| repository_type | Digital Repository |
| spelling | upm-3302013-05-27T06:47:38Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/330/ Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Menyiasat di Prasekolah dan Tahap 1 Sekolah Rendah Sulaiman, Tajularipin Pengajaran kemahiran menyiasat telah diberi penekanan dalam kurikulum di peringkat prasekolah dan sekolah rendah kerana ia berupaya meningkatkan penguasaan kemahiran berfikir murid. Penyelidikan yang dijalankan ini adalah untuk meneliti tiga persoalan utama dalam pengajaran kemahiran menyiasat iaitu; (a) apakah faktor yang dipertimbangkan oleh guru semasa merancang pengajaran kemahiran menyiasat, (b) sejauh mana guru membina soalan mengikut Taksonomi Cogaff, dan (c) sejauh mana guru melibatkan kemahiran proses sains dalam aktiviti penyiasatan. Peserta kajian yang dipilih untuk tujuan kajian ini terdiri daripada empat orang guru yang mengajar di sebuah sekolah yang sama. Guru-guru ini dipilih bagi mewakili setiap kumpulan murid yang diajar dari peringkat prasekolah hingga Tahun 3 sekolah rendah. Tiga kaedah pengutipan data bagi kajian kes digunakan iaitu pemerhatian, temu bual, dan bukti dokumen. Penyelidik bertindak sebagai pemerhati dalam pengajaran keempat empat orang guru bagi setiap kelas iaitu dari peringkat prasekolah hingga Tahun 3 sekolah rendah. Data-data yang diperoleh dari ketiga-tiga kaedah ini dianalisis dan dibandingkan dalam membuat suatu rumusan bagi kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa peserta kajian mempertimbangkan 23 faktor dalam perancangan pengajaran. Bagi aktiviti penyoalan, kajian ini mendapati guru paling kerap menggunakan soalan tahap pengetahuan. Tahap soalan yang kedua paling kerap digunakan adalah soalan tahap analisis. Ini memberi peluang kepada murid membuat aktiviti penyiasatan. Dari segi kemahiran proses sains, didapati bahawa kemahiran pemerhatian dan pengelasan merupakan kemahiran proses sains yang paling kerap digunakan oleh guru dalam aktiviti penyiasatan murid. Berdasarkan dapatan yang diperoleh adalah penting bagi guru yang terlibat dalam pengajaran kemahiran menyiasat mempertingkatkan pengetahuan terhadap konsep sains. Guru ini seharusnya diberi pendedahan dan pengalaman tentang konsep sains yang akan diajar. Selain itu, konsep sains yang ingin diajar juga perlu bersesuaian dengan tahap kebolehan murid. Bagi menggalakkan murid berminat mempelajari konsep sains guru juga perlu menggunakan alat atau bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tahap umur murid. Dalam sesi pengajaran yang dijalankan didapati guru kurang menggunakan soalan afektif dan soalan tahap kognitif tinggi seperti aplikasi, sintesis, dan penilaian. Tahap soalan ini merupakan jenis soalan mencapah yang dapat menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti penyiasatan. Justeru adalah wajar guru diberi pendedahan dan latihan dalam penggunaan dan pembentukkan tahap soalan ini. Bagi aspek kemahiran proses sains, guru kerap menggunakan kemahiran pemerhatian dan membuat pengelasan. Murid juga kurang diberikan situasi atau fenomena yang menggalakkan penggunaan kemahiran proses sains yang lain seperti membuat ukuran, membuat ramalan, dan membuat inferens dalam aktiviti penyiasatan. Oleh itu, guru perlu mempelbagaikan contoh, masalah, situasi, dan fenomena yang berkaitan dengan konsep sains yang disiasat agar lebih banyak kemahiran proses sains yang dapat dilibatkan dalam aktiviti tersebut. 2004-02 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/330/1/549587_T_FPP_2004_4.pdf Sulaiman, Tajularipin (2004) Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Menyiasat di Prasekolah dan Tahap 1 Sekolah Rendah. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia. Teaching - Aids and devices Education,Preschool Malay |
| spellingShingle | Teaching - Aids and devices Education,Preschool Sulaiman, Tajularipin Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Menyiasat di Prasekolah dan Tahap 1 Sekolah Rendah |
| title | Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Menyiasat di Prasekolah dan Tahap 1 Sekolah Rendah |
| title_full | Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Menyiasat di Prasekolah dan Tahap 1 Sekolah Rendah |
| title_fullStr | Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Menyiasat di Prasekolah dan Tahap 1 Sekolah Rendah |
| title_full_unstemmed | Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Menyiasat di Prasekolah dan Tahap 1 Sekolah Rendah |
| title_short | Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Menyiasat di Prasekolah dan Tahap 1 Sekolah Rendah |
| title_sort | pelaksanaan pengajaran kemahiran menyiasat di prasekolah dan tahap 1 sekolah rendah |
| topic | Teaching - Aids and devices Education,Preschool |
| url | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/330/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/330/1/549587_T_FPP_2004_4.pdf |