Pembelian barangan di atas talian dalam kalangan remaja

Remaja merupakan golongan yang mempunyai kuasa pembelian barangan yang lebih tinggi berbanding golongan umur lain. Dengan itu kebanyakan pengusaha di pasaran barangan menjadikan golongan ini sebagai penentu kepada kejayaan perniagaan mereka (Setlow, 2001). Kaedah bagaimana barangan dipasarkan juga b...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Bari, Siti Balkis, Mohd Salleh, Naimah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) 2012
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/31469/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/31469/1/MACFEA16-15.pdf
Description
Summary:Remaja merupakan golongan yang mempunyai kuasa pembelian barangan yang lebih tinggi berbanding golongan umur lain. Dengan itu kebanyakan pengusaha di pasaran barangan menjadikan golongan ini sebagai penentu kepada kejayaan perniagaan mereka (Setlow, 2001). Kaedah bagaimana barangan dipasarkan juga berperanan dalam meningkatkan kejayaan sesebuah perusahaan. Pada masa ini, pengenalan barangan di atas talian menjadi antara pilihan yang popular dalam kalangan pengusaha perniagaan. Perdagangan di atas talian atau e-dagang secara amnya tidak melibatkan interaksi lisan antara satu manusia dengan manusia yang lain namun ianya amat mudah dan cepat berkesan. Kajian ini dijalankan bagi meneliti pembelian barangan di atas talian dalam kalangan remaja. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada remaja. Seramai 399 orang remaja yang yang terdiri daripada 225 orang (56.4%) perempuan dan 172 orang lelaki (43.6%) terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian ini boleh dijadikan rujukan kepada pengusaha yang baru mahu memulakan perniagaan dan sudahpun memulakan perniagaan.