Tinjauan ciri-ciri rekabentuk rumah tradisional di Malaysia.
Rumah Melayu Tradisional adalah satu bangunan yang unik yang dibina mengikut kehendak iklim dan kebudayaan orang Melayu itu sendiri. Ciri-ciri rumah Melayu Tradisional dibina mengikut cara adat budaya setiap negeri di Malaysia. Setiap negeri mempunyai cara yang berbeza iaitu reka bentuk dan konsep y...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Book Section |
| Published: |
Penerbit Universiti Putra Malaysia
2013
|
| Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/31312/ |
| Summary: | Rumah Melayu Tradisional adalah satu bangunan yang unik yang dibina mengikut kehendak iklim dan kebudayaan orang Melayu itu sendiri. Ciri-ciri rumah Melayu Tradisional dibina mengikut cara adat budaya setiap negeri di Malaysia. Setiap negeri mempunyai cara yang berbeza iaitu reka bentuk dan konsep yang berlainan yang menunjukkan ciri-ciri di setiap negeri. Rumah Melayu yang dibina itu memang amat sesuai dengan iklim tropika yang terdapat di Malaysia ini. Tujuan penulisan ini adalah untuk memperkenalkan ciri – ciri rumah tradisional melayu di seluruh negeri di Malaysia. Di dalam ini akan menerangkan 6 jenis rumah melayu tradisional yang terkenal di Malaysia dengan secara ringkas tentang konsep binaan rumah, bahan yang digunakan untuk membina rumah melayu tradisional, juga bagaimana ruang – ruang di dalam rumah tersebut digunakan sebagai dwi – fungsi. Melalui penulisan ini diharap dapat memberikan kesedaran dan juga rujukan kepada generasi yang seterusnya tentang rumah tradisional di Malaysia dan juga dapat memelihara daripada hilang di bumi sendiri. |
|---|